Ahad, 23 September 2012

Grafik Persediaan Ke Gerbang Perkahwinan


Assalamualaikum, Alhamdulillah semakin ramai yang sudah mendapat seru mendirikan rumah tangga. Mudah-mudahan murahlah rezeki pasangan-pasangan alumni yang telah berusaha ke arah kebaikkan di samping mengamalkan sunnah Rasulullah sallallahualaihiwassalam dan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Semoga perkahwinan yang didirikan akan terus berbahagia dan dipanjangkan jodoh untuk bersama sehingga ke akhir hayat. Secara kasarnya seakan-akan mudah untuk mendirikan rumah tangga. Namun, ianya tidak seperti yang disangka. 

Apa kata saya kongsikan satu ilustrasi grafik secara kasar bagaimana persediaan yang perlu dilakukan untuk menjalankan majlis perkahwinan seperti kebiasaan adat Melayu di Malaysia. Semoga memberikan kita peringatan dan juga idea untuk memulakan langkah mendirikan masjid. Insya-Allah.



Biasiswa SONY EMCS (M) Untuk Tahun Kedua dan Ketiga (Tutup: 28 September 2012)

Satu lagi biasiswa tajaan Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. untuk semua warganegara Malaysia yang berusia di bawah 25 tahun. Terbuka untuk semua yang sedang meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan juga IPTS untuk Tahun Kedua atau Tahun Ketiga pengajian. Sila rujuk Iklan di bawah:-

Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. has over the years attained an outstanding reputation in the  global audio visual electronics industry. Our products have positively touched the lives of our precious consumers, pushing technology forward and making life more enjoyable and exciting. Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. is the place for talented people to bring out their creativity and  technological  skills  to  the highest  potential. We  place  high  value on diversity of  skills,  experience  and cultural  background  in  contributing  to  our  dynamic,  creative  &  enthusiastic  team.  With  this,  we  offer  scholarships and  career opportunities  for  students  who can channel  their unique  talents  and  skills.



Eligibility
• Malaysian  citizen with age  below 25.
• Students  pursuing   Bachelor  Degree  in IPTA / Public University  and  currently  in their second  or third  year of study.
• Outstanding  academic  achievements  in school (SPM / O Level  ), pre  - university  (STPM / A  Level / Matriculations).
• Diploma  and  current  degree  qualifications  ( for completed  year(s)  / semester(s))  with  a  minimum CGPA of 3.0.

Field of Study
• Scholarships are available for the following disciplines:
    √ Bachelor of Engineering (Electrical & Electronics, Mechanical or Software).
    √ Bachelor of Business (Human Resources, Economics, Accounting & Finance or
       Administration).
    √ Bachelor of IT or Computer Science .
    √ Other fields related to the above disciplines.
• Proficient in English, hardworking,  possess  excellent academic  achievements  matched  with
  positive personality  traits  and  have  outstanding  extra -curricular  activities.

Public University Scholarship Package
• RM9,000 per annum.
• Students will be bonded and must be willing to serve Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. for a specified period of time  upon completion of studies. (Terms & Conditions apply)

Muat Turun Borang Di sini:-
The  completed  application  form  with  relevant  documents  should  be  sent  to  the  address  below  by 28th September  2012:

Human Resource Division
Attention to: Ms. Rina Wai
Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lot 5, Jalan  Kemajuan,  Bangi  Industrial Estate
43650 Bandar  Baru  Bangi,
Selangor  Darul  Ehsan

Note  :
 Application Form can be collected at “Student Affairs Department or Division”.
 Please  indicate  “SCHOLARSHIP”  on  the  top left  corner  of  the envelope  when submitting the application form
.

Semoga berjaya dengan usaha anda semua.

Sekian, terima kasih.

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (Tutup 30 September 2012)

Kepada para alumni yang masih mencari dan mahu mendapatkan bantuan pelajaran untuk meneruskan pengajian, apa kata lihat dahulu tawaran daripada Yayasan Tunku Abdul Rahman yang masih dibuka sehingga 30 September 2012 ini di sini.

BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Bantuan pelajaran yang diberi nama Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengenang sifat perihatin Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama.

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang daripada golongan miskin bagi menampung kos sara hidup semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA.
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.
(iv) Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional layak memohon.

KADAR BANTUAN DAN CARA BAYARAN
Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman dan disalurkan melalui pihak pejabat Hal Ehwal Pelajar IPTA.

PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibu bapa/penjaga) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

PERMOHONAN
Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda.

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.


Rujukan di sini: Yayasan Tunku Abdul Rahman

Rabu, 12 September 2012

Pengesanan Graduan Sebelum Konvokesyen 2012



Assalamualaikum, kepada semua yang bakal bergraduate di dalam negara, anda sebenarnya perlu menjawab soal selidik ini dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah konvokesyen di institusi anda. Sila masuk login ke Link berikut Kajian Pengesanan Graduan 2012:-

Soal selidik ini sangat mudah untuk diisi dan tidak akan mengambil masa yang panjang. Ia tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah, cuma jawapan yang berkaitan dengan anda. Semua maklumat yang diisi dalam sistem ini adalah rahsia.






Tujuan pengesanan kajian ini

Apakah tujuan /matlamat kajian ini?
Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman anda terhadap beberapa aspek berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian. Institusi pengajian anda juga ingin tahu bagaimana anda memasuki dan menghadapi cabaran alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang membina kepada institusi anda dan juga kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi meningkatkan lagi kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk menyumbang kembali kepada institusi anda dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT.

Siapa yang terlibat dalam kajian ini?
Semua graduan Institusi Pengajian Tinggi yang akan berkonvo pada tahun 2012.

Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian?
Melalui maklum balas sebelum ini, ia akan mengambil masa selama 20-30 minit, satu masa yang singkat berbanding masa anda berada di insitusi anda.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya ada soalan yang tidak begitu relevan dengan saya?
Di dalam kajian tinjauan seperti ini, agak sukar bagi mendapat semua soalan relevan dengan semua kumpulan. Bagaimanapun, diharap anda akan cuba mengintepretasikan setiap soalan sehampir mungkin dengan situasi anda.

Adakah saya akan mengetahui keputusan kajian ini?
Ya, penemuan-penemuan penting hasil kajian ini telah diterbitkan dalam bentuk buku yang boleh diperolehi di Kementerian Pengajian Tinggi. Anda juga boleh melihat sebahagian daripada laporan melalui portal kerjaya.

Apakah lagi faedah yang akan saya perolehi?
Portal kajian ini membantu anda dengan maklumat mengenai peluang kerjaya, mencari pekerjaan, bagaimana untuk mencari pekerjaan, peluang melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Anda boleh melihat jawatan yang sedang diiklankan oleh pelbagai majikan. Disamping itu anda boleh mendaftar bagi memudahkan kami memindahkan maklumat asas yang diperlukan untuk membuat suaipadan pekerjaan yang ingin dipohon.

Untuk maklumat lanjut,

Unit Pengesanan Graduan
Kementerian Pengajian Tinggi
No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Malaysia

Sebarang masalah sila hubungi mengikut Institusi anda.
Untuk graduan daripada Institusi Pengajian Tinggi SWASTA sila hubungi : +603 8870 5111/ 5112
Untuk graduan daripada Institusi Pengajian Tinggi AWAM sila hubungi : +603 8870 5115/ 5113

Faks : +603.8870.6810


Jumaat, 7 September 2012

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Assalamualaikum, tawaran kepada siswazah yang mempunyai diploma dan juga ijazah dalam pelbagai bidang, anda dipelawa untuk memohon program usahawantani kerjasama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program yang terdiri daripada beberapa modul termasuk tanaman, akuakultur dan bioinfeneri yang mana akan dijalankan selama enam bulan dan bermula daripada 1 Januari 2013 sehingga 30 Jun 2013. Program ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengisi borang pemohonan di laman web UPM di Halaman Pendaftaran Program Inkubasi Usahawantani. Anda akan dimaklumkan selepas pendaftaran berjaya.  


PDF Print E-mail
pengenalan
Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Program Inkubasi Usahawantani bagi melahirkan usahawan dalam kalangan graduan khususnya dalam bidang pertanian selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah bilangan usahawan muda.

objektif
Melahirkan graduan yang mempunyai atribut keusahawanan dalam bidang pertanian yang merangkumi aspek pengeluaran, pemprosesan dan perniagaantani.

modul
  • Tanaman (fertigasi)
  • Akuakultur
  • Bioteknologi (biorefinari)
kelayakan
  • Graduan pertanian dan bioteknologi (biorefinari) yang telah bergraduat (akan diberi keutamaan)
  • Graduan yang telah bergraduat dalam bidang selain pertanian dan biorefinari
  • Pelajar bidang pertanian yang akan menjalankan latihan industri yang berkenaan
masa
Program akan berjalan secara sepenuh masa dari 6 bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2013


 

Untuk Maklumat lanjut mengenai program, anda boleh menghubungi pihak yang berikut:-

Unit Inkubasi Usahawantani
Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat
Bilik 25, Tingkat 2, Blok C
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan

Pegawai untuk dihubungi
  • Tn. Hj. Sahbani bin Saimin
    No. Tel. : 03-8947 4910
  • En. Saiful Anuar bin A.Rahman
    En. Shahrizal Idham bin Pouzan
    Pn. Nurashikin bt. Kemat
  • No. Tel : 03-8947 4951
    No. Faks : 03-8938 1024

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner