Biasiswa FELDA 2013 Luar Negara (Tutup: 7 April 2013)


Assalamualaikum, mari cuba dapatkan Biasiswa daripada Felda Global Ventures Holding (FVGH) pula bagi sesiapa yang berminat dalam bidang yang tersenarai seperti (kejuruteraan, bioteknologi, perakaunan, kewangan, teknologi maklumat dan pemasaran antarabangsa. 
Permohonan ini dibuka sekarang sehingga 7 April 2013. Jangan berlengah lagi, isi dahulu. Peluang ada, mesti cuba. Sila lihat laman web FELDA dan iklan di bawah:-
Boleh KLIK di sini untuk terus ke borang permohonan ONLINE BIASISWA FELDA.




Felda Global Ventures Holding Berhad (FVGH) mempelawa pemohon-pemohon yang layak untuk memohon Biasiswa Felda Global Ventures 2013 bagi mengikuti pengajian di universiti ternama di luar negara di dalam bidang seperti berikut :
  1. Kejuruteraan
  2. Bioteknologi
  3. Perakaunan
  4. Kewangan
  5. Teknologi Maklumat
  6. Pemasaran Antarabangsa

Kelayakan Akademik

1. Kejuruteraan dan Bioteknologi
     Kelayakan Akademik:
  • Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/Kimia/Biologi dan mana-mana matapelajaran berkaitan dengannya.
  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31.12.2013.
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
2. Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa
    Kelayakan Akademik:
  • Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden/Perakaunan/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Kimia/Biologi dan Sejarah/Geografi.
  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31.12.2013.
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Terma dan Syarat

  • Jawatankuasa Pemilihan Felda Global Ventures Holdings Berhad berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
  • Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bilamana perlu.
  • Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Cara Memohon

  1. Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web http://www.feldaglobal.com/
  2. Permohonan secara online ini dibuka sehingga 7 April 2013.
  3. Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.
  4. Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan klik menu PERMOHONAN BIASISWA di bahagian kiri, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  5. Borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar perlu dicetak dan ditandatangani serta dibawabersama semasa menghadiri sesi temuduga.
  6. Pemohon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan iaitu kad pengenalan, slip SPM 2012, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, borang EA atau slip gaji ibu dan bapa serta sekeping gambar berukuran pasport.
  7. Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
  8. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.

Tarikh Tutup

Permohonan untuk Biasiswa Felda Global Ventures 2013 akan ditutup pada 7 April 2013.
Selamat mencuba ya. Semoga berjaya mendapat pembiayaan daripada FELDA. Sekian, terima kasih.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah