Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Tutup: 12 April 2013)


Assalamualaikum, tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012. Apa pun rezeki anda semua ada, dan bezanya hanya cepat dan lambat sahaja. "Man Jadda, Wa Jadda" maksudnya sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya. InshaAllah. 

Kali ini, saya kongsikan peluang Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang mana akan dibuka pada 25 Mac 2013 sehingga 12 April 2013. Kepada sesiapa yang mempunyai ciri-ciri berikut, anda layak:-


  • Bumiputera
  • Keputusan peperiksaan
    • SPM: 5A ke atas
    • STPM: 2A ke atas
  • Pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan (dikaji dari masa ke semasa)
  • Berkemahiran unik
  • Berciri kepimpinan

Dan bolehlah lihat maklumat lanjut di halaman yang di bawah ini atau ke Facebook Yayasan Peneraju Di sini atau terus ke HALAMAN (http://www.penerajuedu.com/Peneraju-Tunas.php). Sebagai panduan anda untuk memohonnya kelak. Ianya adala program Peneraju Tunas Potensi. Tujuan Program 'signature' Peneraju Tunas yang pertama ialah Tunas Potensi dengan aspirasi membolehkan kemungkinan masa depan yang lebih baik untuk bakat-bakat yang menghadapi cabaran. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera akan memantau program ini melalui proses berikut:


Membangun

  • Institusi akademik yang bertepatan (dalam dan luar negara)
  • Program pembangunan berstruktur untuk memperkukuhkan kemahiran insaniah dan kepimpinan
  • Sokongan kewangan mencukupi.
Memupuk

  • Penglibatan penuh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan rakan niaga
  • Program mentor
  • Bimbingan dan sokongan
  • Penilaian dan pemantauan kemajuan para pemegang biasiswa
Menempatkan

  • Menempatkan para pemegang biasiswa di organisasi dan industri yang berkaitan
  • Memantau kemajuan untuk beberapa tahun awal selepas penempatan
Memanjangkan

  • Mendidik komuniti.
  • Mewujudkan saluran bakat yang berterusan.




Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai Peneraju Tunas Potensi. Semoga berjaya dan bermanfaat untuk anda semua. InshaAllah.

Sekian, terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?