Malaysian Pharma Komuniti Ahli Farmasi dan Masyarakat


Assalamualaikum, saya mahu kongsikan di mana kita semua boleh mendapatkan maklumat mengenai ubat dan perkongsian berkaitan ubat serta farmasi. Saya telah menemui satu laman web kendalian ahli farmasi di Malaysia.

Saya menggalakkan anda semua untuk menyertai komuniti ini untuk mendapatkan dan berkongsi ilmu mengenai ubat-ubatan dan juga mengenai farmasi.

Laman web ini ditubuhkan pada 22 Jun 2011 dan mensasarkan untuk mengumpulakan ahli farmasi bersama-sama masyarakat awam dalam satu komuniti. Disebabkan di Malaysia belum ada laman web yang membolehkan orang awam bertanya secara terus kepada ahli farmasi, laman ini mahu membantu orang ramai untuk mendapatkan maklumat secara terus.

Inisiatif ini diambil supaya masyarakat akan mendapat nasihat dan maklumat yang betul terus daripada ahli farmasi dan pakar-pakar perubatan yang mana sumbernya lebih boleh dipercayai.

Antara admin dan penulis di dalam MalaysianPharma.com ialah:-

Admin:-
1. Mohd Jauze Komarudin - B. Pharm (Hons) USM, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, N. Sembilan

Authors:-
1. Ummu Hainy Ishak - B. Pharm (Hons) USM, Klinik Kesihatan Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah

2. Lim Kok Han - B. Pharm (Hons) USM, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu

3. Muhammad Nooradely Rahman - B. Pharm (Hons) USM, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah

4. Nurul Syuhaida Ibrahim - B. Pharm (Hons) USM, Klinik Kesihatan Kubur Panjang, Pendang, Kedah

Laman web Utama untuk Malaysian Pharma.com. Sila Klik pada gambar untuk mendaftar sebagai ahli untuk bertanyakan soalan anda berkaitan.



Dan diharapkan anda semua yang meminati dan berada dalam bidang farmasi digalakkan untuk menyertai komuniti ini untuk mendapat dan menambah lagi ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan dan farmasi khususnya. Segala persoalan dan pertanyaan mungkin boleh diajukan di dalam komuniti ini. InshaAllah, akan ada yang membantu anda.

Sekian, perkongsian hari ini. Terima kasih.


Ulasan

  1. Kami Mencari Ahli Farmasi Untuk Kedai Cosway Farmasi milik kami.

    Pelbagai ganjaran dan faedah yang menarik.

    Lokasi kedai sekitar Putrajaya,Sepang Dan Nilai

    Berminat? hubungi 019-3871581 (Qushairi)
    Emel : bizrayyan61112@gmail.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?