Peluang Dalam Bidang Kejuruteraan Di Perancis

Assalamualaikum, sempena peluang terbuka untuk calon lepasan SPM yang baru-baru ini telah mendapat keputusan, satu perkongsian yang mahu dikongsikan oleh seorang alumni SBPI Selandar yang sedang belajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi pengajian tahun kedua di Université Sud Toulon Var, Toulon (USTV), Perancis.

Kisah penceritaan ini yang dikongsikan oleh Abu Zarim Bin Mohamad dalam blognya, beliau berbesar hati mahu kongsikan pengalamnya selama beberapa tahun dalam pengajiannya di Perancis KHAS untuk blog Alumni SBPI Selandar dan kisahnya adalah seperti yang tercatat di bawah dengan sedikit edit untuk memudahkan entri ini dicari.

Alhamdulillah... Saya mulakan entry kali ini dengan ucapan syukur kepada Allah, selawat dan salam kepada Nabi, dan diikuti dengan bait-bait kata daripada lirik lagu:

"Kita hanyalah merancang, hanya tuhan menentukan."

Semoga perancangan kita berada di bawah perancangan Allah.  :) InshaAllah. Dalam kehidupan, kita memang tak lari daripada DUIT, iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar (Membuat pilihan) dan Tawakal. Tanpa salah satu daripada elemen tersebut, kehidupan kita tidak akan lengkap.

Apa-apa pun, kita kena yakin, setiap yang berlaku di atas muka bumi ini, adalah di bawah ilmu Allah SWT, dan di bawah pengetahuan Allah SWT. Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu, dan makhluk langsung tak ada kuasa, serta Allah langsung tidak berhajat kepada kita, malah hanya kita yang berhajat kepada Allah SWT. :)

InshaAllah, entry kali ini, saya khaskan kepada junior-junior dan kawan-kawan, dalam berkongsi perjalanan hidup sebagai pelajar yang melanjutkan pelajaran di Perancis.



Bermula dengan pemohonan biasiswa daripada JPA atau biasiswa boleh ubah MARA, sama ada melanjutkan pelajaran ke luar negara secara spesifik atau tidak, (seperti saya telah memohon dalam bentuk general, dan dengan takdir daripada Allah, saya dihantar ke perancis, dan ada juga kes, pelajar yang memang mohon terus untuk "kejuruteraan Perancis", dan terus sambung ke Perancis. Apa-apa pun, ini sumua adalah kehendak Allah.

*Untuk info anda, perbezaan antara biasiswa JPA dan biasiswa boleh ubah MARA, saya tak ada masukkan ke dalam entry ini, jadi, mungkin rakan-rakan yang lain boleh bantu adik-adik ini. :)

Baiklah, kita teruskan isi entry ini. Sudah tentu, untuk mendapatkan permohonan biasiswa JPA atau biasiswa boleh ubah MARA, ia berkehendakan kepada keputusan SPM yang agak mantap, jadi, adik-adik atau kawan-kawan perlulah bersungguh-sungguh study dan menjadi pelajar yang membawa agama dalam pelajaran, serta memperbanyakkan doa dan sebagainya.

Yes, tidak dinafikan, kelayakan untuk sambung kos kejuruteraan di Perancis tidak sama berbanding menyambung pengajian untuk kos kejuruteraan di negara-negara lain yang hebat, seperti UK dan US. Kelayakkannya agak rendah sedikit, so, kebarangkalian untuk diterima menyambung pengajian di Perancis agak tinggi. Sesetengah pelajar, berazam untuk ke luar negara, "Janji study oversea, soal bahasa, tak ada hal lah." Hihi...

Antara negara-negara yang agak mudah untuk sambung pengajian dalam bidang kejuruteraan dan memerlukan kelayakan rendah (tak straigth A pon tak apa), yang saya tahu, Korea, Jepun, German, dan Perancis. Itu tak silap saya la, tapi apa-apa pun, setiap sesuatu ada susah dan senangnya. Bermula dengan persediaan bahasa dan asas kejuruteraan di MFI (Malaysia France Institute) selama 2 tahun (+-20 bulan)  atau di INTEC (UiTM Shah Alam) selama 6 bulan.

Apabila lepas semua peperiksaan kelayakan untuk diterbangkan ke Perancis, barulah dapat "green light" untuk cari barang, packing barang dan prepare barang untuk fly. Sekiranya gagal, masih ada peluang untuk smbung ke UTP, IPTA or IPTS tempatan atau sambung terus di MFI sendiri. Untuk diploma atau degree. Tapi, besarlah hati saya, dan gembiralah saya, dan saya hara kan semua lepas, adik-adik kena bersungguh study, banyak berdoa, supaya Allah memudahkan urusan kita. Biasanya kalau adik-adik jaga agama, jaga pelajaran, inshaAllah, Allah akan bantu mudahkan urusan kita.



Secara jujurnya, abang lebih tertarik dengan program di MFI, 2 tahun persediaan, then baru fly, paling best sekali, adik-adik semua berada dalam suasana tarbiah yang baik, sebab suasana agama budak-budak persediaan di MFI agak baik, dan bila diterbangkan ke Perancis pun, kawasan-kawasan (suasana persekitaran) dia pun baik dan sesuai untuk adik-adik, tak adalah sampai culture shock, so, adik-adik dapat sambung pelajaran, dan adik-adik dapat jaga agama, inshaAllah, .abang doakan. (ini time abang taw, time adik-adik, abang tak tahu la, tak janji, tapi, inshaAllah, adik-adik doa, Allah akan bantu).

Kalau pasal biasiswa daripada JPA atau dapat biasiswa boleh ubah dari MARA atau pinjaman pelajaran daripada MARA, adik-adik jangan risau, ini semua daripada khazanah Allah, banyak la, sangat-sangat banyak, lagi-lagi dalam Euro kan. kayo-kayo. :). Tapi, adik-adik kena ingat, ini semua daripada Allah, dan perlu digunakan untuk Allah. :) Study baik-baik, jadi muslim yang baik untuk agama nanti tau.



Abang senaraikan sikit "khazanah" daripada Allah ni. Abang bahagikan kepada 2 bahagian, sewaktu adik-adik di MFI, dan sewaktu adik-adik di Perancis.

Di Malaysia France Institute (MFI):-
  1. Adik-adik akan dapat elaun sebanyak +- RM 400 sebulan, duit makan.
  2. Penginapan PERCUMA, tak perlu bayar, JPA atau MARA dah settlekan.
  3. Adik lepak dan study jadi muslim yang baik je.
  4. Tak payah fikir pasal yuran-yuran dan buku, cuma ada buku yang lecturer syorkan je adik-adik kena beli.
  5. Sebelum fly nanti ada elaun buku dan pakaian tak silap +- RM 400.
  6. Elaun laptop (Untuk biasiswa boleh ubah MARA sahaja).

Di Perancis (France):-
  1. Adik-adik dapat elaun bulanan sebanyak +- 900 Euro. Allah3. Banyak kan. Hihi...
  2. Elaun setiap kali pindah rumah sebanyak +- 900 Euro.
  3. Elaun praktikal +-1800 Euro untuk sepuluh minggu praktikal.
  4. Bantuan daripada kerajaan Perancis sebanyak +- 120 Euro sebulan (untuk penginapan)
  5. Kalau dah berkeluarga , bantuan daripada kerajaan Perancis makin bertambah.
  6. Tiket flight adik ditaja oleh schoolar untuk tiket pergi dan balik sahaja. (macam abang, lima tahun di Perancis, tiket datang france untuk tahun pertama dan tiket balik Malaysia untuk tahun ke-5, kedua-dua tiket ini ditaja oleh JPA).
  7. Adik-adik memang tak ada bebanan dari segi kewangan, so, adik-adik perlu JAGA AGAMA DAN JAGA PELAJARAN JER.

Dan banyak lagi. Kena banyak syukur, khazanah Allah memang luas, so, adik-adik kena guna sebaik mungkin, adik-adik boleh balik tiap-tiap tahun, jumpa family, gembirakan family dan sebagainya. Pilihan pada adik-adik semua, macam mana nak gunakan khazanah dan nikmat Allah ini pada tempatnya. InshaAllah. Semoga baik-baik je.

Seterusnya, abang nak terangkan sikit suasana di Perancis ni, sesampainya di sini, adik-adik akan duduk 2 bulan bersama family angkat, waktu ni la, mugkin ada di antara pelajar yang culture shock or Islamic Shock. Hihi... Seriusly, abang Islamic shock. Sebab waktu ni, kene solat sorang kat rumah, tak dapat gi masjid, tak dapat dengar azan, dan macam-macam lagilah. Tapi, rilek la beb, kejap je 2 bulan tu, bnyakkan berdoa, banyak kan amik hati family angkat tu, tunjukkan akhlak orang Islam macam mana kat dia. :) Mungkin boleh jadi asbab mereka masuk islam kan. InshaAllah.

Lagi satu, abang nak tambah. Satu-satunya negara yang abang rasa lain daripada negara lain, kat europe ni, negara yang penuh dengan orang arab, terutamanya daripada Morroco, Tunisia dan Algeria, sebabnya, untuk pengetahuan adik-adik yang mulia, France pernah takluk dan jajah ketiga-tiga negara arab tersebut, sebab tu merata orang arab, dan kadang-kadang adik-adik jarang jumpa orang Perancis sendiri kat satu-satu tempat tu, dah rasa macam duduk negara arab dah. Hihi... Hebat Allah kan. :)

Dan abang rasa, entry ini pun dah cukup panjang, nanti abang linkkan sekali, link blog kami di France. Senior-senior baik-baik, jangan risau, meh la datang, ramai kan lagi komuniti orang Melayu Islam kat sini. Orang arab pun seronok tengok orang Melayu, mata sepet sikit, hidung kemek sikit, tapi, amalkan agama dalam hidup. :)


Perkongsian ini, lebih kuranglah, tak adalah exact sangat, cukup untuk memberi gambaran kepada adik-adik dan semua secara ringkas. InshaAllah. Semoga beri manfaat kepada semua. Nanti apa-apa, boleh je contact abang di FB (www.facebook.com/abuzarim.mohamad) or kat mana-manalah.

Akhir kata, semoga Allah merahmati, memberkat dan meredhai kita semua. Faham maksud hidup dan matlamat hidup kita. Sebagai khalifah dan hamba, ke mana pun kita pergi, kita akan membawa perintah Allah SWT dan sunnah Nabi Muhammad SAW. 

*Doakan saya kat sini, semoga berjaya dengan agama, sebut nama "Abu Zarim Bin Mohamad".
ok bro dan sis, jumpa lagi beb. InshaAllah. :)

Klik Sini.. ini die link blog kami di France :) Semoga membantu semua...

Sekian, sahaja perkongsian daripada seorang alumni yang amat berbesar hati untuk berkongsikan pengalaman beliau di Perancis untuk panduan anda semua yang ingin bersama-sama mengikuti jejak langkah untuk melanjutkan pengajian di Perancis kelak. Terima kasih diucapkan kepada beliau dan semoga Allah permudakan urusannya untuk menamatkan pengajian di sana. InshaAllah.

InshaAllah, kami akan kongsikan lagi pengalaman-pengalaman alumni SBPI Selandar di dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang lagi. Sekian, terima kasih.

Ulasan

  1. Boleh bagitau saya syarat kelulusan dia macam mana? Saya kelulusan SPM. TK

    BalasPadam
  2. when u know u are chosen to france???? i apply for germany....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah