Peluang Pengajian Di Mesir Kemasukkan September 2013

Assalamualaikum, peluang menyambung pengajian di Mesir untuk kemasukkan September 2013 kini dibuka bermula 1 Mac 2013 lalu. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan maklumat dan dengarkan taklimat di beberapa lokasi yang telah dijadual seperti yang di bawah.

Anda akan penyambung pengajian di Akademi Al-Quran Medik Malaysia dengan kemasukkan yang akan bermula nanti dalam beberapa bidang pengajian. Boleh lihat maklumat lanjut di laman web di http://www.aqm.my/new/.

Berikut maklumat ringkas berkaitan program dan taklimat tersebut untuk mereka yang berminat.

Taklimat Peluang Pengajian di Mesir

AQM akan mengadakan 'Taklimat Peluang Pengajian di Mesir'. Para pelajar lepasan SPM, calon SPM, para ibu bapa, guru-guru sekolah, dan orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat tentang peluang pengajian di bumi anbiya' Mesir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Ulum Islamiah. Maklumat pengajuran taklimat adalah seperti berikut:-

Tajuk:TAKLIMAT PELUANG PENGAJIAN DI MESIR Penting!
Tarikh: 23 Mac 2013 (Sabtu)
Masa: 2.30pm - 4.30pm
Tempat: Dewan Kolej Dar al-Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, Selangor.
Penceramah: Prof Dr Razali Hj Nawawi (Pengerusi AQM)

Kelayakan minima ialah SPM. Kemasukan adalah percuma. Kehadiran ramai amat dialu-alukan. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut sila hubungi Tn Hj Shirajuddin 019-233 6611
Jadual taklimat minggu hadapan:
Tarikh/Hari
Masa
Tempat
29 Mac 2013 (Jumaat)
2.30-4.30pm
Dewan Masjid Bandar Telipot, Kota Bharu, Kelantan
30 Mac 2013 (Sabtu)
2.30-4.30pm
Dewan 'Aasim, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, Terengganu
31 Mac 2013 (Ahad)
2.30-4.30pm
Dewan Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang




Permohonan 2013 dibuka

Permohonan kemasukan September 2013 dibuka bermula 1 Mac 2013. Para pemohon yang telah memohon menggunakan slip SPM percubaan 2012, sila kemaskini maklumat keputusan SPM sebenar setelah diumumkan nanti. Terdapat pembaharuan dalam struktur pengurusan permohonan pada tahun ini untuk penambah-baikan dari segi sistem. Para pemohon dan ibu bapa disarankan meneliti Jadual Tindakan Pelajar dan mengikuti garis panduan yang disediakan. Sebarang pertanyaan atau maklumat susulan, sila hubungi pihak AQM di talian 03-8926 7045. Terima kasih.

Perutusan Presiden Universiti Assiut

"Assalaamu'alaykum warahmatullahi wabarakaatuh. 
President Uni Assiut


We are happy to announce that Assiut University is willing to offer Malaysian students to further study inBachelor Degree of Dentistry program. 
All application must be submitted to our appointed academic representative Akademi Al-Qur'an - Medic Malaysia. Further inquiries, please refer towww.aqm.my or contact 03-8926 7045.


Student hostel within the campus is provided for Malaysian student. 

No individual application or any application through other agency shall be entertain.
Thank you."

-Prof Mostafa Mohamed Kamal Mohamed

Sila ke laman web ini untuk maklumat lanjut berkaitan: http://www.aqm.my/new/

Semoga anda mampu memilih peluang yang masih terbuka untuk diri anda. Sekian, Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?