Pengambilan Darul Quran Sesi 2013/2014 Dibuka

Assalamualaikum, jika sesiapa yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan dalam masa yang sama menjadi seorang tahfiz, anda bolehlah memohon sekarang sehingga 10 hari selepas pengumuman keputusan SPM diumumkan. Peluang ini hanya untuk mereka yang layak sahaja.

Sungguh bertuah anda jika mengambil peluang ini kerana bukan sahaja tidak dikenakan yuran pengajian, malah akan dipertimbangkan untuk mendapat elaun sebagai bonus untuk anda yang betul-betul mahu menjadi seorang hafiz yang membawa kalimah Allah di dalam diri. Anda sebenarnya akan mendapat peluang yang lebih besar selepas menamatkan pengajian di Darul Quran seperti boleh meneruskan pengajian di USIM dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Sebelum itu, anda bolehlah meneliti syarat dan pengajian ini dengan membaca maklumat di bawah dan juga di laman web Darul Quran.


PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2013/2014


DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

SISTEM PENGAJIAN:
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis dan Muamalat.



SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
i.  Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
ii.   Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
a. Bahasa Melayu,
b. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam,
c. Bahasa Arab,
d. Lulus Bahasa Inggeris,
Atau
Kelulusan yang diiktiraf yang setaraf dengan SPM .
Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.
YURAN PENGAJIAN DAN ELAUN:

Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.
UJIAN DAN TEMUDUGA:

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila semak senarai nama dalam talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa temuduga.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Tarikh tutup permohonan 10 hari selepas keputusan SPM diumumkanUntuk maklumat lanjut, sila hubungi:
  • Telefon : 03-60635333 / 03-60635349 / 03-60635323 
  • Faks     : 03-60645497
MAKLUMAT:

Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 4 Mei 2013 adalah dianggap tidak berjaya.
Saya doakan anda yang benar-benar mahu meneruskan pengajian di Darul Quran semoga dipermudahkan laluan anda untuk berjaya di masa akan datang di dunia dan juga di akhirat. InshaAllah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah