Pengambilan UTP Mei 2013 (Tutup: 29 Mac 2013)

Assalamualaikum, mahu melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) Malaysia? Ini iklan untuk kemasukkan ke UTP 2013. Akan dibuka daripada 21 Mac 2013 sehingga 29 Mac 2013.

Peluang Pendidikan Bertaraf Dunia Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), sebuah universiti bereputasi tinggi dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, kini mempelawa pelajar-pelajar yang layak untuk menyertai program pengajian asas dan program sarjana muda di UTP untuk pengambilan Mei 2013.

Kami menyediakan platform untuk anda mengikuti persekitaran pembelajaran yang unggul termasuk 7 bulan latihan industri berstruktur dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam program-program Kejuruteraan dan Teknologi yang menepati keperluan industri. Lebih daripada 90 peratus daripada graduan kami ditawarkan pekerjaan di dalam dan di luar negara dalam jangkamasa 6 bulan selepas tamat pengajian.

SILA MOHON DI SINI. BORANG PERMOHONAN.


Semoga anda mendapat peluang di tempat yang anda impikan untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. InshaAllah. Sekian, selamat memohon.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?