Permohonan ke IPT Melalui UPU (Tutup: 15 April 2013)

Calon SPM 2012 sudah pasti maklum akan permohonan melalui UPU ini untuk kemasukkan ke IPT dan Politeknik bagi kemasukkan 2013/2014 yang mana iklannya telah dibuka pada 7 Januari 2013 dan tarikh tutupnya ialah pada 15 April 2013.

Walaubagaimana pun, saya sengaja mahu mengingatkan bagi sesiapa yang belum atau mungkin juga terlepas pandang, bolehlah isi dan memohon untuk kemasukkan ke IPT dan Politeknik.

Walaubagaimanapun, jika anda terlupa dan tak ingat laman web berkaitan, saya kongsikan semula sebagai peringatan. Silalah ke laman web UPU ini untuk semua maklumat berkaitan pengajian selepas SPM atau pun jika STPM dan setaraf dengannya juga boleh rujuk di laman web ini.


Jadi anda bolehlah ingatkan rakan-rakan untuk memastikan mereka dapat mengemasikini pemohonan jika perlu dan membuat permohonan jika masih belum berbuat demikian.

Sementara menantikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangka akan diumumkan pada 20 Mac 2013 nanti, eloklah anda semua membuat persiapan apa yang perlu sama ada untuk memilih pengkhususan di peringkat IPT nanti atau pun perancangan yang berkaitan di masa yang akan datang kelak.

InshaAllah, pihak kami mendoakan anda semua akan mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Walau pun mungkin akan mendapat peluang yang lebih baik jika mempunyai rezeki akan melanjutkan pengajian ke luar negara, ambillah peluang yang mana yang terbaik buat diri anda untuk mencapai cita-cita dan hala tuju anda kelak.

Semoga berjaya dalam semua bidang yang anda ceburi nanti. InshaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?