Rabu, 6 Mac 2013

Permohonan Ke UiTM sesi 2013/2014 dibuka (Tutup: 31 Mac 2013)

Salam, kepada yang mahu memohon untuk menyambung pengajian ke UiTM, anda boleh memohon sekarang sehingga 31 Mac 2013. Permohonan kemasukkan untuk sesi 2013/2014 ini telah dibuka pada 14 Januari 2013 lalu dan akan ditutup pada 31 Mac 2013. Jadi kepada yang masih belum mengisi permohonan, anda boleh berbuat demikian sebelum tarikh tutupnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk maklumat di bawah atau terus ke laman web UiTM untuk permohonan.

Semua syarat-syarat boleh dirujuk di laman tersebut. Anda juga boleh mendownload maklumat berikut sebagai rujukan.




Permohonan Kemasukan Sesi Akademik 1 2013 / 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 14 Januari 2013 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. slip yang dibeli sebelum 14 Januari 2013 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
  • Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN/PROFESIONAL/PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN.
  • Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.
  • Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/bermula 14 Januari 2013 (Isnin).
  • Tarikh tutup permohonan online pada 31 Mac 2013 (Ahad).




SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA:
  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Memenuhi syarat status Bumiputera
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon.
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

NOTA:

  • Bagi program Diploma dan Sarjana Muda sepenuh masa dari kategori/ lepasan selain dari di atas sila pohon melalui http://upu.mohe.gov.my
  • Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my
  • Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my



Pertanyaan: 

PROGRAM DITAWARKAN
Dekan,
Nama Fakulti Yang Berkenaan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-5544 2000

PENGAMBILAN DAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pengarah,
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-5544 3164 / 3166 / 3174



4 ulasan:

  1. permohonan uitm 2013/2014 second intake bulan bapee?

    BalasPadam
  2. Bulan 1 ada intake tak?

    BalasPadam
  3. sye ade dgr psal second intake uitm ni bleh di buat rayuan tuk plajar lepasan matrik yg da dpt tawaran u tpi x minat dgn kos tu n x nk pegi..adakah rayuan sye ni bleh diterima dan layak ker ??

    BalasPadam
  4. Kalau diploma ipts nak msuk ipta boleh x?

    BalasPadam

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner