Permohonan Ke USM melalui USM (Tutup: 14 April 2013)

Untuk kemasukkan ke Universiti APEX Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM), anda perlu memohon terus ke laman web USM. Permohonan ini juga dibuka daripada 7 Januari 2013 sehingga 14 April 2013. Oleh yang demikian, jika anda mahu melanjutkan pengajian di Universiti APEX ini, anda perlu memohon terus melalui USM.

Anda boleh lihat iklan USM di sini yang telah dikeluarkan dahulu. LIHAT IKLAN KEMASUKKAN KE USM di SINI. Sila pastikan anda sudah pun membuat tindakan untuk memastikan anda dapat melanjutkan pengajian pad awaktunya. Elakkan anda terlepas peluang untuk setiap permohonan yang ada.

PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA, SIDANG AKADEMIK 2013/2014

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (USM APEX) bagi Sidang Akademik 2013/2014.

Permohonan terbuka kepada :
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2012.
2. Lepasan STPM 2012.
3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain.

Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM [SALURAN PERDANA] di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.

USM menawarkan sebanyak 71 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2012 dan STPM 2012, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2013/2014 di menu Panduan.

Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah *2-8 Mei 2013. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada Akhir April 2012 di pohon@usm.



Maklumat Tambahan bagi calon Matrikulasi/Asasi :

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui pohon@usm boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 26-30 Mei 2013 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).
Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian.


Maklumat Tambahan bagi calon Diploma/Setaraf :

Peringatan bagi kategori Diploma/setaraf, calon WAJIB mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan atau pengemaskinian maklumat dan menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan selewat-lewatnya 14 April 2013.

Dokumen yang diperlukan adalah :-
    1. Salinan Borang Permohonan
    2. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon
    3. Salinan Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan)
    4. Salinan Sijil SPM/Setaraf
    5. Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir)
    6. Salinan Diploma/Sijil (Jika Ada)
    7. Salinan Sijil MUET
    8. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian
    9. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika ada)
    10. Salinan Cetakan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my)

Permohonan dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES sekiranya USM tidak menerima Borang Permohonan dan dokumen lain yang diperlukan.

Sila hantar permohonan anda ke alamat :-

PERMOHONAN DIPLOMA/SETARAF,
SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
PEJABAT PENDAFTAR,
ARAS 2,BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800 USM,PULAU PINANG


Ulasan

  1. mcm mane kalau sy lupe buat permohonan fasa kedua... :(

    BalasPadam
  2. http://www.myusminfo.com/news/intake2015/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?