Portal Parlimen Malaysia Sumber Rujukan Utama

Assalamualaikum, mencari maklumat berkaitan sidang parlimen? Mahu mengetahui perbahasan Ahli Dewan Negara? Sukar untuk mendapatkan maklumat berkaitan Parlimen Malaysia?

Hari ini saya mahu kongsikan satu portal yang dianggap penting untuk rujukan kita sebagai warga negara Malaysia berkaitan dengan pebincangan berkaitan pentadbiran negara Malaysia. Oleh yang demikian, pada saya portal ini sangat berguna untuk rujukan anda semua mendapatkan maklumat berkaitan dengan sidang parlimen yang berlangsung.

Kali ini seperti mana video yang mempromosikan Portal Parlimen Malaysia ini sudah semakin menarik, menunjukkan kisah Ahmad yang pada ketika dahulu sukar untuk mendapatkan maklumat serta sukar melayari portal ini melalui smartphone. Oleh yang demikian, pihak parlimen yang mempunyai kakitangannya komited memastikan portal ini bermaklumat dan berguna mengambil inisiatif untuk memudahkan orang ramai menjadikan portal ini sebagai rujukan.

Lihat Video yang mempromosikan portal terbaru Parlimen Malaysia.




Saya lihat, mana-mana pihak atau kumpulan pelajar yang belum pernah masuk ke parlimen Malaysia boleh juga membuat permohonan untuk melihat apa yang ada di dalam sana. Mungkin boleh buat satu lawatan untuk melihat secara dekat ahli parlimen kita bersidang nanti.

Boleh lihat borang permohonan secara online di sini. Dan permohonan hendaklah sekurang-kurangnya 5 hari sebelum lawatan serta memenuhi syarat yang ditetapkan seperti berikut:-

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh lawatan.
  2. Bagi permohonan lawatan oleh individu , adalah TIDAK diwajibkan untuk melampirkan surat permohonan (PDF/JPEG).
  3. Permohonan lawatan oleh sekolah/agensi/universiti/organisasi, adalah DIWAJIBKAN mengisi borang permohanan dengan menyertakan surat permohonan yang mengandungi kepala surat rasmi sekolah/agensi/universiti/organisasi.
  4. Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.




Diharapkan, anda dapat mengambil peluang yang ada ketika sedang dalam pembelajaran untuk meniba ilmu dan mengetahui sedikit sebanyak berkaitan dengan parlimen kita untuk memastikan kita tidak ketinggalan dalam segenap maklumat yang perlu kita tahu.

Sekian sahaja perkongsian kali ini untuk anda semua.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?