Semoga Berjaya Keputusan SPM 2012 diumum 21 Mac 2013

Assalamualaikum, esok 21 Mac 2013, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012 bakal diumumkan. Pihak alumni SBPI Selandar, mendoakan agar semua calon SPM 2012 akan mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat meneruskan pengajian untuk menuntuk ilmu di peringkat yang lebih tinggi. 

Apa pun keputusan yang bakal diterima esok, terimalah dengan hati yang terbuka dan handaklah sentiasa bersyukur kerana perjalanan hidup anda ke dunia realiti baru sahaja bermula.

Kejayaaan atau pun kurang berjaya dalam SPM bukanlah penentu dan menjamin masa depan anda. Keputusan esok hari adalah sebagai tiket untuk anda bermula sahaja.

Apa pun semoga berjaya dan jangan lupa kongsikan kepada kami warga ex-SBPIS. Kami juga ingin bersama-sama meraikan segala keputusan yang diperolehi dengan hasil usaha anda semua.

InsyaAllah berjaya hendakya. Berikut kenyaatn akhbar keputusan SPM tahun 2012.




KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2012

18 March 2013
KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:
Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
1.
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
415,530
2.
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran (contoh : MRSM)
7,708
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
7,946
4.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
11,309
5.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
28,148
6.
Calon Persendirian
1,900
Jumlah Besar
472,541

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam27 Mac 2013.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
14 Mac 2012


Semoga berjaya semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?