Borang Pemilihan AJK Penaja Alumni SBPI Selandar (Tutup: 24 Oktober 2013)

Assalamualaikum, sempena Majlis Makan Malam Alumni SBPI Selandar, satu Pemilihan Calon Jawatankuasa Penganjur Alumni SBPI Selandar (Perlu Isi Walaupun Tidak Hadir) akan dibuat bagi menggantikan jawatankuasa Alumni Penganjur yang sudah melebihi enam tahun.

Oleh yang demikian, bagi memastikan jawatankuasa ini dianggotai oleh semua batch, setiap wakil batch perlulah melantik 4 orang wakil untuk mewakili mereka dari segi penyampaian maklumat atau pun perlaksanaan program serta dapat membina jaringan dari segi silaturrahim, pembelajaran, kerjaya dan juga perniagaan.

Anda boleh terus ke Kertas Online untuk pengundian: 


Senarai Calon ini akan dibuat undian sebelum tarikh Majlis Makan Malam. Semua alumni perlu isi, sama ada anda hadir atau pun tidak, nama calon juga boleh dipilih dalam kalangan yang hadir dan juga yang tidak hadir. 

CALON YANG TERPILIH AKAN KEKAL SEHINGGA TERTUBUHNYA ALUMNI BERDAFTAR* (Semua batch SPM 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012 perlu mengisi borang pemilihan ini) 
  1. Sesiapa sahaja yang telah menjadi EXSBPI Selandar layak dipilih
  2. 4 wakil akan dipilih untuk setiap batch (sebaik-baiknya ada lelaki dan perempuan); 
  3. 4 nama yang paling banyak dipilih akan dilantik menjadi wakil batch masing-masing; 
  4. Pemilihan calon hanya boleh dicalonkan dan dipilih daripada kalangan wakil batch sendiri
  5. Seorang hanya boleh pilih 4 calon sahaja. 


*Pemilihan ini bertujuan untuk pihak Alumni SBPI Selandar melangkah ke hadapan untuk membentuk Alumni yang didaftarkan. 
*Tertakluk kepada keputusan semua Jawatankuasa selepas ini. Kerjasama anda amat kami alu-alukan. Keputusan akan diumumkan pada Malam Makan Malam Alumni pada 26 Oktober 2013. Pemilihan dibuka sehingga 11:59PM 24 Oktober 2013 sahaja. 


atau boleh ke Kertas Online: 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah