Rabu, 29 Januari 2014

[Kerjaya] Apakah Itu Ahli Forensik Digital?

Assalamualaikum, apakah itu ahli forensik digital? ada di antara kita yang berminat dengan perkembangan teknologi dan mahu mengetahui mengenai KERJAYA FORENSIK DIGITAL.

Apakah itu kerjaya forensik digital?

Kerjaya ini melibatkan penganalisaan peralatan digital yang mempunyai storan (memory card or internal memory chip) seperti komputer, telefon bimbit, kamera, video, kamera litar tertutup (CCTV) dan semua peralatan yang berasaskan komputer. (Biasanya untuk kegunaan sebagai bahan bukti digital dalam kes mahkamah)

Kerjaya ini juga berkaitan dengan aspek perundangan. Pihak pengurusan menilai kecenderungan dan kepakaran calon sebelum diletak di unit yang sesuai.


APAKAH KELAYAKAN AKADEMIK DAN KEPERLUAN UNTUK MENJADI AHLI FORENSIK DIGITAL?

Di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selepas PMR pelajar boleh memilih jurusan sains tulen atau sains komputer.

Setelah lulus SPM, pelajar boleh mengambil kursus yang berasaskan bidang komputer, misalnya Ijazah Kejuruteraan Sains Komputer, Sains Kejuruteraan ICT, Ijazah Komputer Sains atau Ijazah Teknologi Maklumat.

Kini, pelajar boleh mengambil Diploma atau Ijazah Forensik Komputer di Management & Science University (MSU), Kursus Forensik Digital & Keselamatan IT di UTHM, dan Master in Forensic Science di UTM. (Sila layari website IPTA dan IPTS lain untuk mengetahui kursus yang ditawarkan)

Graduan perlu bekerja dan menimba pengalaman sekurang- kurangnya 3 tahun, kemudian mengikuti latihan selama setahun dan mendapat sijil profesional sebelum layak menjadi penganalisa bertauliah dalam bidang forensik digital.

Antara Peluang Pekerjaan:

CyberSecurity Malaysia ada kerja dalam bidang forensik digital. Makmal forensik digital dan multimedia kami telah mendapat akreditasi dari badan antarabangsa yang dipanggil ASCLD/LAB. Untuk meninjau peluang kerjaya dan kelayakan yang diperlukan, sila layari laman web kami Cybersecurity.

Contoh kerjaya dalam bidang Network Security ialah Analyst, Malware Research Centre, MyCERT.

Requirements:
- Bachelor degree in Computer Science, Computer Engineering, Information Security or related field.
- Detailed knowledge of network based attacks and their mitigation.
- Knowledge of network related protocols i.e. TCP/IP.
- Familiar with OS Internals.
- Knowledge of system security vulnerabilities and remediation techniques.
- Strong inclination to programming/debugging programmes.
- Strong scripting skills a plus (eg. PERL, phyton ruby, shell scripting).

* Advantage for those with relevant certifications / training / exposure in reverse engineering or previous work in related field; and candidates with security certifications such as SANS GPEN, SANS GREM.

Job Responsibilities:
-  To collect and analyse malicious binaries files.
- To perform any jobs requirement related to Honeynet and network security activity.
- To develop security tools related to information security research.

Contoh Kerjaya dalam bidang Network Security ialah Security System Engineer, MyCERT .

Responsibilities: To design, plan, implement and test the deployment of a system in multi-users environment and manage the overall systems performance.

Requirements:
Bachelor degree in Information Technology or related field.
Minimum two (2) years experience in related field.
Preferably candidates with VCP certification.
Familiar with unix-based platforms, networking, security, MySQL database, VPN, DR.
Ambitious and keen on continuous learning.
Able to work under pressure and meet specific datelines.
Able to work independently and in a team.

Boleh rujuk di https://www.cyberguru.my/cybersec/training

Soalan: Kalau ambil bachelor of data communication and networking, so kena ambil lagi ijazah untuk forensik komputer ke? 2 ijazah?

Respon: Tak perlu ambil 2 ijazah. Boleh belajar pengkhususan sambil bekerja, dan boleh ambil kursus serta pentauliahan (certification) profesional. www.cyberguru.my

Rujukan perbincangan di HALAMAN Facebook ini.

Semoga ini dapat membantu anda mengetahui bidang yang anda boleh ceburi. Sekian, Terima kasih.

2 ulasan:

  1. dan untuk master pula..di ukm ade sediakan jurusan ini...dengan kerjasama cybersecurity malaysia..baru ditubuhkan tahun lepas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. UKM? untuk master? ijazah apa? ijazah forensik digital?

      Padam

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner