Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Online 1 November 2014

Assalamualaikum, kepada sesiapa yang ada memohon melaui SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) GRED M41 bolehlah menyemak status anda sama ada berjaya atau pun tidak sekarang.

Jika berjaya anda perlu melalui satu Peperiksaan Dalam Talian (Online) pada 1 November 2014 ini, bermula pada pukul 8:00 malam sehingga 10:10 malam. 

Peperiksaan ini akan mempunyai 3 bahagian yang setiap bahagiannya diperuntukkan beberapa minit seperti berikut:


SEMAKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Dengan hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41. Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut:

TARIKHPEPERIKSAANSEKSYENMASA DARIMASA HINGGA
01/11/2014PENGETAHUAN AMA08:00 PM08:40 PM
DAYA MENYELESAIKAN MASALAHB08:55 PM09:40 PM
UJIAN PSIKOMETRIKC09:55 PM10:10 PM

Tatacara Menduduki Peperiksaan Online (Manual Pengguna) dan Sukatan Peperiksaan adalah seperti dipautan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Bahagian Peperiksaan di talian 038880 6468/8880 6405/ 8885 6347/ 8885 6303/ 8885 6344.
Calon boleh menyemak keputusan melalui portal SPA di www.spa.gov.my.
Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di www.facebook.com (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)) semasa peperiksaan dijalankan. Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!
S.P.A. akan menganjurkan Kursus Khas Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Semua calon digalakkan menyertai kursus ini dengan mendaftar melalui pautanhttp://aduan.spa.gov.my/SPAOutreach/M41.php

Semoga calon yang layak akan lulus dengan jayanya ujian ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah