BIASISWA PETRONAS 2009
PROGRAM PENDIDIKAN PETRONAS BAGI LEPASAN SPM 2008
PROGRAM YANG DITAJA:
- Program di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
- Program di Universiti-Universiti Lain (Luar Negara dan Malaysia)
TAWARAN ADALAH DALAM BENTUK PINJAMAN BOLEH-UBAH.
SYARAT-SYARAT MEMOHON:
- Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2008.
- Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
- Calon-calon mestilah berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2009.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
CARA-CARA MEMOHON:
- Permohonan mestilah dibuat secara “online” melalui http://spmonline.petronas.com.my.
- Sila muat turun dan baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang. Sila klik Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang untuk muat turun.
- Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “Institute of Technology PETRONAS Sdn Bhd” melalui kaunter CIMB Bank – No Akaun : 08090002302056. Sila simpan Slip Wang Masuk untuk rujukan dan pengesahan bayaran.
- Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
- Sekiranya anda ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.
Source : http://malaysia-scholarship.net/
Ulasan
Catat Ulasan