KURSUS PERGURUAN LEPAS SPM 2009-OVERSEAS (Deadline: 22/3/2009)

1 PENGENALAN

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dinamik dan penting didalam pembangunan bangsa dan negara. Ianya sentiasa berubah tetapi tetap segar mengikut kehendak masa dan semasa bagi menjamin keperluan negara dalam mendidik dan membina rakyat Malaysia yang berjiwa kental dan mantap serta berilmu bagi membina masyarakat yang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan program latihan keguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kurikulum latihan keguruan digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi.

2 PROGRAM YANG DITAWARKAN

Bahagian Pendidikan Guru mengendalikan beberapa program latihan keguruan praperkhidmatan untuk calon lepas SPM seperti tersebut dibawah :

A. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara.
B. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP).
C. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ).
D. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac 2009.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah