Panduan Memilih Bidang Ingin Diceburi

Merujuk kepada soalan Saudara Najib bertarikh 28 Mac 2009, tentang kekeliruan memilih bidang yang ingin diceburi, sy terpanggil untuk memberikan sedikit penerangan tentang kekeliruan ini atas dasar pengalaman yang telah sy temui. Kepada senior-senior spm2005, 2006, & 2007, jika ada kelapangan dan merasa keboringan bolehlah juga membaca penerangan ini. Penerangan ini juga dilakukan atas permasalahan yang berlegar di kalangan batch najib, haha, pengalaman yang sy terima adalah lebih kurang 4 orang la. Sy sarankan batch SPM 2008 untuk membaca penerangan ini sehingga habis k. Untuk najib, saya akan jawab soalan anda di akhir penerangan ini.

Sebenarnya, sy dapat merasakan bukan Najib seorang yang menjadi begini, tapi hampir semua yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT memikirkan tentang perkara-perkara yang mencabar ini. Haha, sy katakan mencabar sebab memilih antara bidang2 profesional, mencabar tu. Perkara pertama yang agak pelik untuk difikirkan, adakah pelajar SBP terutamanya SBPI Selandar tidak pernah memikirkan apa yang ingin mereka jadi bila besar nanti, atau tidak pernah memikirkan bidang yang ingin diceburi? Mungkinkah semuanya belajar sahaja untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM? Hatta, Nur Amalina yang mendapat 17A1 pun keliru bidang yang ingin diceburi kerana cemerlang dalam semua subjek. Payah juga kalau score semua subjek ni.


Perkara kedua adalah tentang keyakinan diri. Sy ingin tekankan terutama pelajar-pelajar SBPI Selandar yang baru mendapat keputusan SPM dan keputusannya agak teruk apabila difikirkan olehnya, yakinlah, anda masih berpeluang untuk berjaya. Jika anda mendapat sesuatu subjek itu B atau C, yakinlah, anda masih lagi boleh catch up subjek tersebut pada masa akan datang. Anda masih lagi boleh menempa kejayaan dengan subjek yang anda dapat C itu kepada A semasa di peringkat asasi, matrikulasi atau degree. Kecuali, jika anda dapat D dan kebawah semasa SPM, anda perlu fikirkan kembali bahawa anda nak ambil atau tak subjek itu pada masa akan datang kerana risiko yang agak tinggi menanti sebenarnya. Tapi, sy tak kata tidak boleh, cuma kena difikirkan dengan masak-masak. Jika sesuatu subjek itu anda mendapat A semasa SPM, maka itulah yang anda minat sebenarnya. Senang bukan..ehe..

Sy berani untuk membuat statement berani ni kerana belajar di IPT bukannya seperti belajar SPM, sejujurnya. Di IPT anda tidak akan ambil sampai 10 subjek @ 9 subjek serentak untuk satu semester. Mungkin paling maximum pun 8 @ 7 subjek. Kalau tak percaya, Tanya senior anda di Universiti. Satu lagi perkara yang best, untuk satu-satu subjek itu anda akan belajar untuk 4 bulan sahaja, dan untuk semester seterusnya, anda tak perlu ambil dah. Kalau SPM , 2 tahun tu kena ingat apa yang belajar. Percayalah, pelajar sekolah harian pun boleh mendapat keputusan pointer 3.5 keatas di IPT, mengapa anda di SBP perlu mengeluh? Jadi, walaupun anda mendapat straight B dalam SPM tempoh hari, yakinlah, anda ada peluang untuk Berjaya pada masa akan datang. Perkara yang menarik untuk difikirkan, pelajar SBPI Gombak hampir seluruh dunia mereka ada. Siapakah mereka? SBPI gak kan.

Perkara ketiga adalah tentang minat. Kes yang sy terima, meminati fizik, biologi, math, kimia dan add math. Hehe, sy pun keliru jadinya. Tetapi, perkara yang penting adalah, antara bidang engineering, perubatan, accountancy, law, dan sains gunaan tidak ada masalah untuk ceburi, InsyaAllah semua akan membawa anda kearah kejayaan. Lagi-lagi kalau yang mendapat biasiswa atau tajaan. Selepas habis belajar, InsyaAllah kerja menanti. Jadi, mengapa perlu risau? Apa yang penting ceburi bidang apa yang anda minat. Jika anda meminati fizik dan membenci Bio, jadi engineering lah jawapannya. Begitu juga, jika anda meminati fizik lebih dari meminati biologi, maka engineeringlah juga jawapannya. Sebaliknya, jika anda meminati biologi lebih dari fizik, maka perubatanlah jawapannya. Mudah je kan congakannya. Untuk perubatan dan engineering, bidangnya terlalu luas, perubatan bukan sahaja doktor, tapi banyak lagi cabangnya. Nak tau tanya senior k. Jika anda masih juga keliru, di sini ada satu petua, jika anda meminati filem prison break, dokumentari Extreme engineering, Megastructure building, yang disiarkan di astro dan banyak lagi perkara yang berkaitan tentang mesin, enjin dan robot, percayalah, anda meminati engineering sebenarnya. Manakala, jika anda meminati cerita House M.D, Grey Anatomy atau Oprah with Dr. Oz, atau perkara-perkara yang berkaitan dengan ubat, pesakit, penyakit, doktor, merawat orang, maka percayalah sejujurnya yang anda meminati bidang perubatan. 

Perkara yang mungkin menjadi permasalahan emosi dan jiwa, adalah pilihan ibu bapa. Well, teruk sangat ke pilihan ibu bapa kita tu?. Sy pasti mereka inginkan kita jadi orang yang berguna untuk masyarakat dan berjaya, betul tak? Sy tak pernah lagi dengar mereka ingin kita menjadi penjual aiskrim dan pembuat air. Malah, penjual aiskrim pun boleh menjadi jutawan tau seperti tauke aiskrim. Apapun, ibubapa lebih berpengalaman daripada kita. Bak kata orang tua-tua, mereka yang rasa garam dulu dari kita. Jadi, mereka dapat melihat cerahnya masa depan yang mereka ingin kita ceburi diatas pengalaman rakan-rakan dan pengalaman sendiri. Bagaimana tentang meminati subjek pula kalau begitu? Sila rujuk perenggan kedua untuk mendapat jawapannya, x larat nak ulang kembali..ehe. Kecuali jika anda mendapat bawah dari C5 untuk subjek tersebut atau betul-betul benci subjek itu , atau anda mendapat fail, jadi buatlah pengakuan berterus terang kepada ibubapa yang anda tidak dapat melakukannya. 

Ingatlah, mentaati ibu bapa itu tuntutan agama kecuali bertentangan dengan hukum syara'. Sy berminat ingin menghighlightkan kembali, antara bidang engineering, perubatan, accountancy, law & Sains Gunaan, tidak ada masalah untuk ceburi. InsyaAllah semua akan membawa anda kearah kejayaan.
Perkara yang keempat adalah pendidikan untuk rakyat Malaysia amat terbuka luas, lebih-lebih lagi terdapatnya tidak kurang dari 20 universiti IPTA dan IPTS dalam negara kita sahaja. Cuma antara kita mahu atau tidak. Semua orang berhak untuk mendapat tempat di Universiti. Pilihlah bidang professional dan setkan matlamat anda untuk mendapat minimum tahap pengajian adalah degree. Satu fakta yang menarik, di UK sekarang orang yang dapat Degree Law pun terpaksa cari makan bawa teksi. Fuh, payah gak tu.Perkara yang sy yakin dengan dak SBPi Selandar, semuanya dapat sambung ke bidang profesional.
Kepada najib, mungkin najib dah tau jawapannya kut bila baca perenggan di atas ini. Kejuruteraan kimia atau dentistry sama sahaja sebenar peluangnya, kedua-duanya boleh mencapai kejayaan dan berpeluang untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan Negara, InsyaAllah. Kalau tak jumpa lagi jawapannya, tanyalah abg Tariq(SPM 2005) untuk Kejuruteraan Kimia dan Abg Syuk(SPM 2005) untuk dentistry, lebih mudah kan. Tariq mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia dan Syuk mengambil jurusan dentistry sekarang ini. Boleh mintak no telefon diorang kat sy kalau nak k. 

Jadi, kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran , sebarang permasalahan bolehlah tanya senior-senior SBPI Selandar anda. Mereka baik-baik semua, x makan org..aha. Cuma mungkin jika di Yahoo Group ex-SBPIS ada yang tidak sempat membalas persoalan anda, mungkin mereka tak sempat buka email sebenarnya ataupun tak buka email lagi.

Panjang sangat penerangan pun boring gak kan, oklah, ni perenggan last. Sy menulis semua ini atas dasar pengalaman kawan-kawan dan orang disekelilingku. Hanya berkongsi pengalaman yang tak seberapa. Beberapa kata-kata yang boleh kita renungi :

"Successor is not to be born. Anyone can be a winner."

"Jika orang lain boleh berjaya, mengapa kita pilih untuk gagal."

"Jika kita gagal merancang, maka kita merancang untuk gagal."

Dan kata-kata Cikgu Am kepada kami (SPM05) suatu ketika dahulu :

"Jika anda berjaya, sebenarnya kejayaan itu datangnya dari doa ibu bapa kita, dan orang-orang yang mendoakan kita. Bukannya dari usaha kita semata-mata." 

Kepada senior-senior spm2005, 2006& 2007, kalau ada perkara yang tak berpuashati tentang penerangan ini, silalah beri komen yang berhikmah k ..ehe. Akhir sekali, kalau dh keliru sangat sebab dapat byk tawaran, solatlah istikharah k. Mohon lah pada Allah sebelum membuat keputusan. Doalah selalu , itu yang paling penting.

Doakan sy gak.

Wallahua'lam.
Alumni SBPI Selandar terus bersatu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?