PROGRAM BIASISWA PELAJAR CEMERLANG KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPTM) SESI 2009/2010
Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Tahun Pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di dalam bidang-bidang berikut :-
- Sains Fizik;
- Sains Kimia;
- Sains Biologi; dan
- Senibina
OBJEKTIF TAJAAN BIASISWA:
Memberi peluang kepada calon berkelayakan untuk dilantik sebagai tenaga akademik IPTA akan datang dengan mempunyai peluang tajaan di peringkat pasca siswazah.
SYARAT-SYARAT UMUM
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 22 tahun semasa memohon;
- Telah mendapat tempat pengajian di peringkat ijazah pertama di tahun pertama (semester 1);
- Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A (A1/A2) di peringkat SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu atau setaraf;
- Mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 di peringkat asasi IPTA/Matrikulasi/STPM;
- Tidak mendapat tajaan pengajian dari mana-mana pihak;
- Pelajar perlu menandatangani perjanjian.
Kelebihan
Penerima biaya yang berjaya mengekalkan kecemerlangan prestasi akademik pada semester layak dipertimbangkan mengikuti 1 tahun pengajian di luar negara dengan pindahan kredit (jika rangka kursus mempunyai elemen ini);
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan akan dibuka dalam tempoh kemasukan ke IPTA secara online melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Ulasan
Catat Ulasan