Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2009

The Public Services Department (PSD) invites application for the 12 post-graduate scholarships under the Yang di-Pertuan Agong Scholarship Programme. The scholarships are divided into six places each for Master’s and PhD in the fields of Science and Technology, Economics and Law.

The scholarships are meant for candidates with excellent academic and non-academic (extra-curricular activities) achievements to pursue post-graduate studies either locally or overseas.

Priority would be given to candidates who have achieved excellent results in their undergraduate and Master’s degrees; and have abilities such as speaking several languages, are active in community activities, possessing special skills, and ability to produce creative and innovative works.

The closing date is on 24 August 2009.

Please read the press statement for details.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sukacita memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan program pencapaian Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2006. Program penajaan ini adalah khusus kepada calon yang mempunyai prestasi akademik dan bukan akademik (ko-kurikulum) yang amat cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam atau di luar negara.

Bilangan biasiswa yang ditetapkan pada tahun ini adalah sebanyak 12 tempat iaitu enam untuk peringkat Sarjana dan enam untuk peringkat Ph.D untuk calon mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang.

Tujuan utama biasiswa ini adalah untuk mengiktiraf kebolehan amat cemerlang seseorang calon dengan memberi peluang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, program ini merupakan satu bentuk pelaburan pembangunan modal insan yang akan menyumbang kepada pembangunan negara.

Keutamaan adalah kepada calon yang mendapat keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan mempunyai keupayaan yang luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa, kebolehan yang istimewa, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif, serta mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara. Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temuduga.

Secara spesifik, syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya;
  4. Aktif dalam kegiatan ko·kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  6. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

Adalah dimaklumkan bahawa penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong adalah terikat untuk berkhldmat di Malaysia untuk tempoh tidak kurang dari lima tahun. Oleh itu, penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanahair selepas tamat tempoh tajaan.

Selain itu, pakej tawaran Biasiswa Yang di·Pertuan Agong menawarkan kadar pembiayaan yang lebih tinggi berbanding Biasiswa Persekutuan yang sedia ada. Sebagai contoh, kadar Elaun Sara Hidup (ESH) bulanan adalah seperti berikut :

erl.jpg

Di samping itu, calon-calon yang berjaya juga akan dibayar elaun-elaun lain yang berkaitan. Manakala, yuran pengajian akan dibayar secara terus kepada universiti.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Ogos 2009. Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2009 yang boleh dimuat turun melalui portal http://www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my.

Maklumat penawaran juga boleh diperolehi dengan melayari portal tersebut atau menghubungi hotline 03-8885 3436/3892 atau dengan mengunjungi kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan di Aras 5, Blok C1, Parcel C, Jabatan Perkhidmatan Awam dari jam 8.00 pagi – 1.00 tengahari dan 2.00 petang – 5.00 petang.

Sumber : http://malaysia-scholarship.net/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?