Ahli Alumni SBPI Selandar Kembali ke Rahmatullah

Assalamualaikum, pihak Alumni mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zulhaili bin Noraihan, bekas pelajar SBPI Selandar SPM 2010 yang telah kembali kerahmatullah awal pagi semalam ketika sedang menjalani latihan PLKN di Sabah, selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital. Diberitahu bahawa, Allahyarham telah terkena jangkitan virus air kencing tikus. Menurut rakan Allahyarham Mohd Zuhairi di laman Facebook exsbpis,

Tengku Syed "Salam semua. Di sini aku ingin menyampaikan amanat drpd bapa kpd ALLAHYARHAM MUHAMMAD ZULHAILI BIN NORAIHAN agar memaafkan segala kesalahan beliau semasa sepanjang hayatnya, memaafkan segala kesilapan dlm setiap tuturnya,menghalalkan segala makan & minumnya dan menghalalkan setiap hutangnya. Moga beliau ditempatkan bersama orang-orang yg SOLEH..AMIN YA ALLAH"
Berikut juga petikan daripada akhar Berita Harian Online mengenai Allahyarham :-

Maut jangkitan kuman
Oleh Veena Rusli
veena@bharian.com.my
2011/02/16

Timbalan Menteri Kesihatan sempat lawat pelatih PLKN di HQE

KOTA KINABALU: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Wawasan Ovai, Papar, kira-kira 50 kilometer (km) dari sini, meninggal dunia semalam selepas terkena jangkitan kuman di telinga. Mohd Zulhairi Noraihan, 17, berasal dari Taman Desa Baiduri, Cheras meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, akibat penyakitnya itu. Pelatih berkenaan dipercayai tersenarai dalam kumpulan satu yang menjalani latihan dari 2 Januari lalu hingga 13 Mac ini.

Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata doktor melaporkan pelatih lelaki terbabit mempunyai imuniti rendah dan sukar melawan jangkitan.

“Saya sempat melawat Mohd Zulhairi di HQE semalam (kelmarin) selepas mendapat maklumat mengenai keadaannya.

“Doktor yang ditemui memberitahu, otak pelatih itu tidak mencatat pergerakan aktiviti manakala tahap imuniti badannya yang sangat rendah turut menyukarkan proses melawan jangkitan kuman.

“Keadaan itu menyebabkan peluang untuknya bertindak balas terhadap rawatan tipis dan sebentar tadi saya mendapat berita pelatih berkenaan meninggal dunia pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
_________________________________________________________________________


Semoga keluarga Allahyarham senantiasa tabah dan sabar dengan ujian ini. Insya-Allah, Allah akan memberikan yang lebih baik kepada keluarga Allahyarham. Insya-Allah, Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?