Taja: Biasiswa UTM untuk lepasan STPM


Iklan daripada UTM yang menawarkan biasiswa kepada Lepasan STPM atau yang staraf. Lihat iklan di sini. BIASISWA UTM.

Universiti Teknologi Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakaan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi pengajian 2012/2013

1.0       SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1.1      KELAYAKKAN AKADEMIK
  • Lulus dalam STPM (Sijil Tingggi Pelajaran Malaysia) atau setaraf dengan mendapat  sekurang-   kurangnya  2A  dalam  matapelajaran  Sains  atau  Matematik bagi STPM; atau
  • Mendapat   PNGK >3.75   bagi   pelajar-pelajar kemasukan terus daripada  Pusat- pusat Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Keutamaan  akan diberikan  kepada   pelajar   cemerlang   dalam  Bahasa Inggeris, Matematik dan Kokurikulum

  1.2      SYARAT-SYARAT LAIN
  • Pemohon memasuki tahun pertama dan mengikuti  pengajian sepenuh masa bagi Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi pengajian 2012/2013
  • Pemohon tertakluk kepada  Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen  Universiti Teknologi Malaysia
  • Lulus dalam temuduga pemilihan yang akan dijalankkan

2.0       NILAI BIASISWA

          Nilai biasiswa yang ditawarkan adalah RM 12,000.000 setahun

3.0      TARIKH TUTUP PERMOHONAN
         Tarikh tutup permohonan pada 16 April 2012

4.0      CARA MEMOHON
  •  Borang  permohonan  boleh dimuat turun di laman web  UTM (www.utm.my/hema) atau pemohon boleh hadir sendiri ke  Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM Johor Bahru untuk mendapatkan borang tersebut.

    Semua permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:--

         Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)
         Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
         Universiti Teknologi Malaysia
         813110 UTM Johor Bahru
         Johor Darul Takzim
        Tel: 07-553 02448/ 553 01185
        Faks: 07-553 00491
        (U/P  :  Unit Bantuan Kewangan)

  • Salinan   dokumen   sebagai  sokongan permohonan  perlu  mendapat  pengesahan  dari Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan keputusan  panel temuduga adalah muktamad.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah