Pengesanan Graduan Sebelum Konvokesyen 2012



Assalamualaikum, kepada semua yang bakal bergraduate di dalam negara, anda sebenarnya perlu menjawab soal selidik ini dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah konvokesyen di institusi anda. Sila masuk login ke Link berikut Kajian Pengesanan Graduan 2012:-

Soal selidik ini sangat mudah untuk diisi dan tidak akan mengambil masa yang panjang. Ia tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah, cuma jawapan yang berkaitan dengan anda. Semua maklumat yang diisi dalam sistem ini adalah rahsia.






Tujuan pengesanan kajian ini

Apakah tujuan /matlamat kajian ini?
Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman anda terhadap beberapa aspek berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian. Institusi pengajian anda juga ingin tahu bagaimana anda memasuki dan menghadapi cabaran alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang membina kepada institusi anda dan juga kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi meningkatkan lagi kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk menyumbang kembali kepada institusi anda dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT.

Siapa yang terlibat dalam kajian ini?
Semua graduan Institusi Pengajian Tinggi yang akan berkonvo pada tahun 2012.

Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian?
Melalui maklum balas sebelum ini, ia akan mengambil masa selama 20-30 minit, satu masa yang singkat berbanding masa anda berada di insitusi anda.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya ada soalan yang tidak begitu relevan dengan saya?
Di dalam kajian tinjauan seperti ini, agak sukar bagi mendapat semua soalan relevan dengan semua kumpulan. Bagaimanapun, diharap anda akan cuba mengintepretasikan setiap soalan sehampir mungkin dengan situasi anda.

Adakah saya akan mengetahui keputusan kajian ini?
Ya, penemuan-penemuan penting hasil kajian ini telah diterbitkan dalam bentuk buku yang boleh diperolehi di Kementerian Pengajian Tinggi. Anda juga boleh melihat sebahagian daripada laporan melalui portal kerjaya.

Apakah lagi faedah yang akan saya perolehi?
Portal kajian ini membantu anda dengan maklumat mengenai peluang kerjaya, mencari pekerjaan, bagaimana untuk mencari pekerjaan, peluang melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Anda boleh melihat jawatan yang sedang diiklankan oleh pelbagai majikan. Disamping itu anda boleh mendaftar bagi memudahkan kami memindahkan maklumat asas yang diperlukan untuk membuat suaipadan pekerjaan yang ingin dipohon.

Untuk maklumat lanjut,

Unit Pengesanan Graduan
Kementerian Pengajian Tinggi
No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Malaysia

Sebarang masalah sila hubungi mengikut Institusi anda.
Untuk graduan daripada Institusi Pengajian Tinggi SWASTA sila hubungi : +603 8870 5111/ 5112
Untuk graduan daripada Institusi Pengajian Tinggi AWAM sila hubungi : +603 8870 5115/ 5113

Faks : +603.8870.6810


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah