Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Assalamualaikum, tawaran kepada siswazah yang mempunyai diploma dan juga ijazah dalam pelbagai bidang, anda dipelawa untuk memohon program usahawantani kerjasama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program yang terdiri daripada beberapa modul termasuk tanaman, akuakultur dan bioinfeneri yang mana akan dijalankan selama enam bulan dan bermula daripada 1 Januari 2013 sehingga 30 Jun 2013. Program ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengisi borang pemohonan di laman web UPM di Halaman Pendaftaran Program Inkubasi Usahawantani. Anda akan dimaklumkan selepas pendaftaran berjaya.  


PDF Print E-mail
pengenalan
Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Program Inkubasi Usahawantani bagi melahirkan usahawan dalam kalangan graduan khususnya dalam bidang pertanian selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah bilangan usahawan muda.

objektif
Melahirkan graduan yang mempunyai atribut keusahawanan dalam bidang pertanian yang merangkumi aspek pengeluaran, pemprosesan dan perniagaantani.

modul
  • Tanaman (fertigasi)
  • Akuakultur
  • Bioteknologi (biorefinari)
kelayakan
  • Graduan pertanian dan bioteknologi (biorefinari) yang telah bergraduat (akan diberi keutamaan)
  • Graduan yang telah bergraduat dalam bidang selain pertanian dan biorefinari
  • Pelajar bidang pertanian yang akan menjalankan latihan industri yang berkenaan
masa
Program akan berjalan secara sepenuh masa dari 6 bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2013


 

Untuk Maklumat lanjut mengenai program, anda boleh menghubungi pihak yang berikut:-

Unit Inkubasi Usahawantani
Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat
Bilik 25, Tingkat 2, Blok C
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan

Pegawai untuk dihubungi
  • Tn. Hj. Sahbani bin Saimin
    No. Tel. : 03-8947 4910
  • En. Saiful Anuar bin A.Rahman
    En. Shahrizal Idham bin Pouzan
    Pn. Nurashikin bt. Kemat
  • No. Tel : 03-8947 4951
    No. Faks : 03-8938 1024

Ulasan

  1. Fastidious response in return of this query with genuine arguments and explaining all regarding that.


    Feel free to surf to my website ... http://www.duxburymoodle.com/user/view.php?id=15560&course=1

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?