Biasiswa UNITEN Luar Negara Kemasukkan Mei 2013 (Tutup: 28 Mac 2013)

Assalamualaikum, mahu mencari penaja atau biasiswa untuk pengajian ke luar negara? Yayasan Tenaga Nasional menawarkan biasiswa untuk anda. Jom tengok apa yang YTN tawarkan. Sila pilih tawaran di bawah. Tarikh tutup adalah 28 Mac 2013. Jadi, cepat-cepatlah mohon ye. InshaAllah, ada usaha, ada rezeki. Jika mohon, ada ada dua jawapan. Kalau tak mohon, anda hanya ada satu jawapan.

Sila pilih tawaran dibawah :
1.Tawaran Biasiswa Luar Negara & UNITEN dan Pinjaman Boleh Ubah UNITEN bagi kemasukan Mei 2013
Tarikh Tutup Biasiswa                     : 28-3-2013
Tarikh Tutup Pinjaman Boleh Ubah : 03-04-2013
2.Tawaran Pinjaman Boleh Ubah IPTA bagi Kemasukan Feb 2013
Tarikh Tutup Pinjaman Boleh Ubah IPTA : 27-03-2013

BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL 2013
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2013.

1) BIDANG PENGAJIAN

a) Program Universiti Luar Negara

(i) Ijazah Sarjana Muda:-
 Kejuruteraan Elektrik Kuasa
 Kejuruteraan Mekanikal
 Kejuruteraan Awam
 Perakaunan

b) Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

(i) Asas Kejuruteraan:-
 Kejuruteraan Elektrik Kuasa
 Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 Kejuruteraan Mekanikal
 Kejuruteraan Awam

(ii) Asas Bukan Kejuruteraan:-
 Sains Komputer
 Teknologi Maklumat
 Perakaunan
 Kewangan
 Pengajian Bisnes

2) SYARAT AM
a) Program Universiti Luar Negara
  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2013
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN




b) Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2013
  2. Sama seperti (2), (3) dan (4) di atas.
3) SYARAT & KELAYAKAN AKADEMIK
a) PROGRAM UNIVERSITI LUAR NEGARA

i) Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Lulus peperiksaan SPM 2012 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

Kejuruteraan
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah


Perakaunan
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • 3 subjek pilihan dari berikut:- Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi 
  • dan 1 subjek pilihan dari berikut:- Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah


Calon-calon yang terpilih akan mengikuti kursus persediaan dalam negara. 

ii) Bagi Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Lulus peperiksaan STPM 2012 dengan mencapai gred A (NGMP 4.00) dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

Kejuruteraan
  •  Pengajian Am
  •  Fizik
  •  Kimia
  •  Matematik T / Matematik Lanjutan T

Perakaunan
  •  Pengajian Am
  •  Perakaunan
  •  2 subjek pilihan lain

Serta lulus SPM 2010 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi A serta mendapat aggregat tidak melebihi 5 (≤5) dalam 4 subjek berikut:-
  •  Bahasa Melayu
  •  Bahasa Inggeris
  •  Sejarah
  •  Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah 
b) PROGRAM UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
Lulus peperiksaan SPM 2012 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam subjeksubjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat sekurang-kurangnya A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

Kejuruteraan
 Bahasa Melayu
 Matematik Tambahan
 Fizik
 Kimia

Bukan Kejuruteraan
 Bahasa Melayu
 dan 3 subjek pilihan dari berikut:-
Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

4) CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara “on-line” laman web YTN seperti berikut:


5) TARIKH-TARIKH PENTING
 Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2013.
 Sila semak laman web YTN bagi pemakluman perkara-perkara berikut :
  • Calon-calon yang disenarai pendek bagi Bengkel Pemilihan Program Universiti Luar Negara mulai jam 2 petang, 1 April 2013
  • Calon-calon yang disenarai pendek bagi Temuduga Program Universiti Luar Negara mulai jam 10 pagi, 8 April 2013 
  • Calon-calon yang disenarai pendek bagi Bengkel Pemilihan Program UNITEN mulai jam 2 petang, 4 April 2013
  • Calon-calon yang disenarai pendek bagi Temuduga Program UNITEN mulai jam 10 pagi, 22 April 2013

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?