Permohonan MARA Dalam dan Luar Negara 2013 (Tutup: 28 Mac 2013)


Salam, MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) telah membuka permohonan untuk mendapatkan biasiswa PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2012 untuk tahun ini bermula pada 21 Mac 2013 sehingga 28 Mac 2013. Berikut maklumat berkaitan permohonan lepasan SPM dalam dan luar negara.

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa pelajar cemerlang Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 untuk mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran MARA bagi melanjutkan pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Diploma Cemerlang Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2013. 

Calon-calon yang berkelayakan akan mengikuti pengajian peringkat Persediaan ataupun Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang tersenarai dalam pelbagai bidang yang ditawarkan MARA berdasarkan syarat-syarat berikut: 


1.0 SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN 

1.1 Terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia dimana salah seorang ibu ATAU bapa mestilah berketurunan Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia. 

1.2 Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2012 buat kali pertama. 

1.3 Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama. 

1.4 Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya. 


2.0 SENARAI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN MARA 

2.1 Sila rujuk kod pada Senarai Program dan Syarat Program Khas Lepasan SPM 2012 – Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Diploma Cemerlang IPMa untuk tujuan rujukan, pemilihan program dan permohonan. 

2.2 MARA juga menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana terdapat kursus-kursus yang ditawarkan melalui MARA adalah di bawah penajaan JPA. Sila rujuk Senarai Program dan Syarat Program Khas Lepasan SPM 2012 Kerjasama MARA-JPA untuk tujuan rujukan, pemilihan program dan permohonan. 

3.0 SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK MINIMUM 

3.1 Syarat kelayakan akademik minimum untuk mengikuti pengajian yang ditawarkan dinyatakan secara khusus di setiap program yang ditawarkan. 

3.2 Calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum program tidak akan dipertimbangkan. 



4.0 PERMOHONAN 

4.1 Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my atau melalui laman Facebook rasmi Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (www.facebook.com/Post-SPM-2013) mulai 21 Mac 2013 hingga 28 Mac 2013. 

4.2 Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 11 April 2013 di laman web MARA http://www.mara.gov.my atau di laman Facebook rasmi Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (www.facebook.com/Post-SPM-2013). 

4.3 Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Program Diploma Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 10 Mei 2013 di laman web MARA http://www.mara.gov.my atau di laman Facebook rasmi Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (www.facebook.com/Post-SPM-2013). 

4.4 Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 28 Jun 2013 adalah dianggap tidak berjaya. 

5.0 PERTANYAAN 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi: 
Pengarah 
Bahagian Penganjuran Pelajaran 
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 
21 Jalan Raja Laut 
50609 Kuala Lumpur 
(u.p: Cawangan Penajaan - Unit Program Khas) 
Telefon : 03-2613 2044 / 2060 / 2120 / 2063 / 4372 / 2085 / 2110 / 2014 / 2075 / 2061 
Talian Teknikal : 03-2613 2044 / 2060 / 2120 / 2063 
Waktu pejabat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang 
Email : infobpp@mara.gov.my 


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
PROGRAM PENAJAAN KHAS JPA
UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2012 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

I. Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012; dan
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
II. Syarat-syarat Khusus Permohonan:-



Untuk Dapatkan salinan syarat-syarat di atas, sila klik di sini.

Semoga permohonan anda berjaya. Sekian, terima kasih.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?