Pendaftaran Keahlian Alumni SBPI Selandar (EXSEL)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sehingga 20 Julai 2017, seramai 260 orang daripada 1500 bekas pelajar SBPI Selandar telah mendaftar sebagai Ahli Alumni SBPI Selandar yang telah ditubuhkan pada tahun 2015. Ini bermakna 89% daripada bekas pelajar belum mendaftar . Sila klik link di bawah bagi mengisi borang pendaftaran sebagai Ahli Alumni SBPI Selandar (EXSEL).


Apakah manfaat menjadi Ahli Pertubuhan Alumni SBPI Selandar?

1. Anda mempunyai networking dan persaudaraan yang besar iaitu seramai 1500 orang dan semakin bertambah pada setiap tahun yang terdapat di seluruh negara.

2. Ahli alumni berasal dari latarbelakang bidang yang berbeza iaitu kejuruteraan, teknikal, perbankan, perubatan, kesihatan, kewangan, undang-undang dan banyak lagi. Ramai juga yang menjadi jurutera, doktor, peguan, akauntan, usahawan, pensyarah, pengurus dan lain-lain. Ini memberikan kelebihan kepada ahli untuk mendapat bantuan/khidmat nasihat dalam aspek kesihatan, kewangan, undang-undang, perbankan, servis, produk dan banyak lagi.

3. Peluang kerjaya anda juga insyaallah akan lebih cerah kerana ramai ahli alumni yang sudah bekerja dan ada yang mempunyai syarikat sendiri.

4. Buat masa ini, dana alumni diperolehi dari pembayaran yuran ahli dan sumbangan ikhlas ahli. Jika dana mencukupi, dana tersebut boleh digunakan untuk bantuan kewangan kepada ahli alumni seperti bantuan sara hidup, bantuan perkahwinan, bantuan pelajaran dan sebagainya. Disamping itu, yang menyumbang juga telah dikira membuat kebajikan!

5. Dana yang dikumpul juga akan digunakan untuk program-program alumni anjurkan bersama sekolah kita iaitu SBPI Selandar.

5. Pelbagai program yang dilakukan pada setiap tahun dan ahli alumni boleh menyertai pada bila-bila masa.

Bermanfaat kan! Apa tunggu lagi, mendaftarlah sekarang sebagai ahli Alumni SBPI Selandar.

Sekian, terima kasih.
Sekretariat Alumni SBPI Selandar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Senarai 60 SBP mengikut Ranking SPM 2012 di Malaysia