Pertandingan Mencipta Logo Alumni SBPI Selandar (EXSEL)


Sekretariat Alumni SBPI Selandar dengan sukacitanya menjemput semua Ahli Alumni SBPI Selandar untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Alumni SBPI Selandar (EXSEL).

Syarat-syarat pertandingan :
1. Semua rekacipta hendaklah asli.
2. Peserta merupakan bekas pelajar SBPI Selandar & Ahli Alumni SBPI Selandar yang berdaftar. Untuk mendaftar, sila isikan borang di link ini - http://goo.gl/forms/TDTUej5RlA
3. Semua rekacipta akan menjadi hak milik EXSEL dan EXSEL berhak menggunakannya tanpa sebarang syarat.
4. Menggunakan warna Logo SBPI Selandar
5. Boleh direka menggunakan grafik komputer
6. Setiap rekacipta mestilah mempunyai huraian maksud bagi setiap simbol dan warna yang digunakan
7. Setiap rekaan logo perlu dihantar dalam bentuk 'Softcopy' 
8. Penyertaan tidak terhad kepada satu logo sahaja.
9. Penyertaan adalah percuma.
10. Setiap peserta perlu menyatakan butiran diri seperti berikut di dalam email:
a) Nama
b) No. Kad Pengenalan
c) Batch SPM
d) No. Telefon
e) E-mel

Pihak penganjur berhak menarik balik keputusan kemenangan sekiranya mendapati peserta/pemenang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pemenang akan mendapat Hadiah Wang Tunai berjumlah RM300.

Penyertaan perlu dihantar ke e-mel : exsbpis@gmail.com

Tarikh tutup pertandingan: 31 January 2018

Keputusan pertandingan akan diumumkan dalam laman web Alumni (www.exsbpiselandar.blogspot.my) dan Facebook (Alumni SBPI Selandar, Melaka)

Keputusan yang diumumkan adalah muktamad.

Ulasan

  1. Betway - Sports betting - JTM Hub
    Betway, the premier 서산 출장안마 online sports betting brand in the UK and Ireland, is 춘천 출장마사지 Betway 양주 출장안마 is 부산광역 출장샵 available for both deposits and withdrawals at our 익산 출장마사지

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah