PERHATIAN!! Hanya tinggal 27 Hari lagi sebelum penyertaan ditutup!!


Pertandingan Mencipta Logo Alumni SBPI Selandar (EXSEL)

Sekretariat Alumni SBPI Selandar dengan sukacitanya menjemput semua Ahli Alumni SBPI Selandar untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Alumni SBPI Selandar (EXSEL).

Syarat-syarat pertandingan :
1. Semua rekacipta hendaklah asli.
2. Peserta merupakan bekas pelajar SBPI Selandar & Ahli
Alumni SBPI Selandar yang berdaftar. Untuk mendaftar, sila
isikan borang di link ini - http://goo.gl/forms/TDTUej5RlA
3. Semua rekacipta akan menjadi hak milik EXSEL dan EXSEL
berhak menggunakannya tanpa sebarang syarat.
4. Menggunakan warna Logo SBPI Selandar
5. Boleh direka menggunakan grafik komputer
6. Setiap rekacipta mestilah mempunyai huraian maksud bagi
setiap simbol dan warna yang digunakan
7. Setiap rekaan logo perlu dihantar dalam bentuk 'Softcopy'
8. Penyertaan tidak terhad kepada satu logo sahaja.
9. Penyertaan adalah percuma.
10. Setiap peserta perlu menyatakan butiran diri seperti berikut di
dalam email:
a) Nama
b) No. Kad Pengenalan
c) Batch SPM
d) No. Telefon
e) E-mel

Pihak penganjur berhak menarik balik keputusan kemenangan sekiranya mendapati peserta/pemenang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pemenang akan mendapat Hadiah Wang Tunai berjumlah RM300.

Penyertaan perlu dihantar ke e-mel : exsbpis@gmail.com

Tarikh tutup pertandingan: 31 January 2018

Keputusan pertandingan akan diumumkan dalam laman web Alumni (www.exsbpiselandar.blogspot.my) dan Facebook (Alumni SBPI Selandar, Melaka)

Keputusan yang diumumkan adalah muktamad.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?