Catatan

Kursus Kemahiran 6 Bulan Ditaja Kerajaan Lepasan Diploma dan 'Degree'

Imej
Assalamualaikum, adakah anda lepasan diploma atau pun ijazah? Belum bekerja? Dan mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan? Anda kini ditawarkan kursus kemahiran 6 bulan yang bermula pada 23 September 2012 - Mac 2013 dan kesemuanya akan ditaja penuh oleh kerajaan Malaysia dan juga akan diberikan elaun sebanyak RM500 setiap bulan. Jadi, untuk maklumat lanjut, sila ke laman web UNTUK MENDAFTAR . TARIKH TUTUP: 13 SEPTEMBER 2012 YURAN: PERCUMA Program ini akan di jalankan di Negeri Sembilan Skills Development Centre, MANTIN, Negeri Sembilan. Berikut adalah petikan iklan tersebut:-   "KURSUS KEMAHIRAN TAJAAN PENUH KERAJAAN MALAYSIA" Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP) Intake: September 2012 to March 2013 (6 Months Programme) Registration Fee: FREE Venue: Negeri Sembilan Skill Development Centre (NSSDC), Mantin Negeri Sembilan The Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP) is a diploma graduate engineers trai...

Ucapan Ikhlas Pulang ke Kampung dan Berhari Raya

Imej
Selamat hari raya eidulfitri kepada semua warga alumni SBPI Selandar. Semoga di hari raya ini semuanya menjaga keselamatan diri masing-masing sebelum dapat kembali menyambung semula pengajian dan masuk ke IPT masing-masing dengan semangat yang baru. Peringatan juga untuk sesiapa warga alumni yang sudah bekerja atau pun sudah lepas tanggungan, jangan lupa membayar zakat firtah di kawasan masing-masing. Sekian, terima kasih.

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Imej
Assalamualaikum, ada yang bertanya mengenai kos geomatik. Jadi, sedikit maklumat diperolehi diharap dapat mengurangkan kerunsingan beliau mengenai kos ini. Untuk kursus pengajian ijazah Kejuruteraan Geomatik di Universiti Teknologi Malaysia merupakan antara pengajian yang tertua dan telah diiktiraf sebagai pusat professional pengajian kejuteraan geomatics di Malaysia. Program yang telah diiktiraf sepenuhnya olah License Surveyors Board (LSB) Malaysia menepati kandungan pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan Licensed Land Surveyors (LLS) di Malaysia. Selain itu, Jabatan Kejuruteraan Geomatik UTM merupakan ahli kepada International Federation of Surveyors (FIG). Graduan yang mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan Geomatik UTM layak untuk berdaftar sebagai ahli di dalam ISM (Institution of Surveyors of Malaysia). Maklumat Tambahan Daripada Agensi Kelayakkan Malaysia. Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik) ...

Soal: Nak jadi Doktor (Dr) or Engineer (Ir)?

Imej
Soalan Daripada Ex-SBPIS Ziad Firdaus Zaid: ‎Soalan daripada Sydan Saiful... Nak jadi DR (doktor perubatan) atau IR (jurutera/engineer)? Tolong berikan pandangan rakan-rakan sekalian. Terima kasih. [pada 30hb Mei pukul 2.31 ptg] Jawapan dan respon: Syaz Waniey: IR!!! :) Ziad Firdaus Zaid: Kalau dapat bagi pros dan contranya pun lagi cun.. die malu nak tanya tuu... haha Sydan Saiful: ‎Syaz Waniey alasan ?? Izyan Zulaikha: Sr.  tak nak..?? Ziad Firdaus Zaid: Apa tuh Izyan Zulaikha? Izyan Zulaikha: Sedih kan..? Sr. stand for Surveyor abg Ziad Firdaus Zaid. Title..:) Izyan Zulaikha: Sydan Saiful ada masalah tolong dia lah. Dapat offer untuk engineering dan medik. Cadangan..? Omar Chems Norazmi: Amik je jadi super, super ap-apa keje kau pilih. Super engineer, super doctor, super peniaga pasar malam, super penulis. Asalkan kau sungguh-sungguh. Muhammad Azfar Rosli: Buat dua-dua.. DR IR.. :P joking,sorry.. Taufiq Firdaus: ‎Aiman Asyraf Muhammad ni ...

Soal: Engineering Tak ada Masa Depan?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS Wan Muhammad Najib Salam.  Teringat masa lepas dapat keputusan SPM dulu, 'family' macam tak galakkan sangat ambil kejuruteraan sebab katanya persaingan sangat sengit dan sampaikan ada yang terpaksa menganggur.  Adakah ianya benar? Mohon penjelasan senior-senior dan sahabat-sahabat yang ambil kejuruteraan atau sesiapa yang ada maklumat.  Terima kasih! [30hb Mei pukul 2.45 ptg berhampiran As Sarih, Irbid] Zatul Amrah: Salam, not really actually. Graduan-graduan engineering yang belajar diluar negara punya sedikit kelebihan berbanding yang belajar dalam negara especially dari negara-negara yang bukan berbahasa inggeris macam Korea, Jerman, Perancis etc. Sebabnya adalah syarikat-syarikat kejuruteraan sekarang memerlukan mereka yang boleh berbahasa asing untuk mengembangkan syarikat dan perindustrian masing-masing ke peringkat antarabangsa. Yang dalam Malaysia pun tak ada masalah rasanya untuk belajar bahasa asing, ada kemah...

Soal: Kem Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM)?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS Soalan ditanya Ashraf Syamim: Salam.. mahu tanya la... siapa-siapa yang tahu pasal kem pemilihan Biasiswa Yayasan Telekom (YTM)? Apa je yang dibuat masa masa kem tu ya? [pada 28hb Jun pukul 11.52 ptg] -------------------------------------- RESPON DARIPADA Ex-SBPIS Mohd Zaki Salleh: Senang jep.. die nak test EQ     Syimir Izaan Ibnu Sazman: Time kem pemilihan YTM tu,diorang wat kem cam biase je. just ada certain activity yang nak tengok character kita, camne kita interact dengan orang, camne kita kawal emosi. So,beware jela. It's my experience when attended the camp 2 years ago, tak tahu la sekarang camne. Ashraf Syamim: Kawal emosi? contohnya aktiviti yang camne Syimir Izaan Ibnu Sazman??? Syimir Izaan Ibnu Sazman: Haha. ko pergi je dulu. Baru suprise.hahha Mohd Zaki Salleh: Just nak share...  tips for the kem..  alhamdulillah.. tahun ni saya terpilih menerima biasiswa YTM ni.. Ok. sedikit tips for t...

Soal: Kos di UKM Guna Bahasa Melayu?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS Soalan ditanya Ashraf Syamim: Help2... nak tanya... semua kos kat UKM memang dalam Bahasa Melayu (BM) ke?? [hari Isnin, pada pukul 1.16 pagi] -------------------------------------- RESPON DARIPADA Ex-SBPIS Pijie Yahya: Universiti KEBANGSAAN Malaysia.. confirm2 BM.. tapi kalau ambil Pendidikan BI or TESLE , confirm in english. Ashraf Syamim: Ok2... aku tak tahu nak belajar science computer in Bahasa Melayu macam ne...xdpt bygkn... Nur Hidayah Isa: Aah dengar-dengar UKM memang in malay... Pijie Yahya: Ada ke yang senang bab-bab belajar ni? Ashraf Syamim: Tak la... kalau bahasa komputer belajar dalam BM kan payah tu... biasa dulu belaja dalam BI jer... Nur Hidayah Isa: Haah kan. banyak term-term yang kita dah biasa dalam BI. Susah gak kalau belajar dalam BM. Dapat 1 universiti je ke? Ashraf Syamim: Tahu tak apa... aah... 1 universiti jer... Nur Hidayah Isa: Ada gak yang dapat 2 kan... Ashraf Syamim: Memang ada... yang...