BIASISWA PETRONAS 2009


PROGRAM PENDIDIKAN PETRONAS BAGI LEPASAN SPM 2008

PROGRAM YANG DITAJA:

  • Program di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
  • Program di Universiti-Universiti Lain (Luar Negara dan Malaysia)

TAWARAN ADALAH DALAM BENTUK PINJAMAN BOLEH-UBAH.


SYARAT-SYARAT MEMOHON:

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2008.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2009.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

CARA-CARA MEMOHON:

  1. Permohonan mestilah dibuat secara “online” melalui http://spmonline.petronas.com.my.
  2. Sila muat turun dan baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang. Sila klik Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang untuk muat turun.
  3. Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “Institute of Technology PETRONAS Sdn Bhd” melalui kaunter CIMB Bank – No Akaun : 08090002302056. Sila simpan Slip Wang Masuk untuk rujukan dan pengesahan bayaran.
  4. Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
  5. Sekiranya anda ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.



Source : http://malaysia-scholarship.net/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah