Jumaat, 20 Mac 2009

LOGO SBPI SELANDAR


Pencipta : En. Karim bin Bayok

Konsep

· Keseluruhan lencana ini berkonsepkan kesepaduan ilmu dari buku – buku yang disusun bertingkat. Buku merupakan sumber ilmu yang utama. Rekabentuk lencana menggabungkan 3 elemen penting iaitu buku, bulatan bergerigi dan bikar.
· SBPI Selandar menawarkan gabungan 3 aliran iaitu aliran sains tulen,aliran sains teknikal dan agama.
· Integrasi ini merupakan satu konsep yang akan membawa kecemerlangan pendidikan pada masa hadapan.
· Warga SBPI Selandar bukan sahaja cemerlang tetapi juga mempunyai wawasan kearah merealisasikan WAWASAN NEGARA selaras dengan Falsasafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Sekolah Berasrama Penuh.


Keterangan Logo Sekolah Berasrama Penuh integrasi Selandar

Lambang Buku yang bertingkat terbuka :

· Buku merupakan sumber ilmu yang membawa kepada kecemerlangan pendidikan. Buku bertingkat memberi makna, kesepaduan aliran yang ditawarkan dalam konsep Integrasi.

· Buku berwarna hijau di kedudukan teratas melambangkan aliran sains agama, buku berwarna merah pula membawa makna aliran sains tulin manakala buku berwarna biru melambangkan aliran sains teknikal yang ditawarkan di sekolah ini.

· Lambang ini membawa maksud bahawa ilmu yang dipelajari perlu di letakkan di tempat yang sewajarnya untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

· Secara keseluruhannya, buku ini melambangkan sifat taqwa dan jati diri bagi seorang pelajar yang berakhlak mulia serta mampu meletakkan ilmu yang dipelajari ke tahap yang sewajarnya.

Lambang 2 buah buku terbuka menegak :

· Dua buah buku yang terbuka adalah melambangkan sumber ilmu pengetahuan.

· Warga SBPI Selandar digalakkan menjadikan membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian.

· Budaya membaca dan sikap sentiasa ingin mencari ilmu juga adalah menjadi teras sekolah ini.

Lambang bentuk bulatan ( bergerigi ) :

· Lambang bulatan bergerigi ini membawa maksud aliran teknikal yang ditawarkan di sekolah ini.

· Bulatan adalah melambangkan pergerakkan yang berterusan yang membawa maksud bahawa aliran teknikal ini sentiasa diperlukan dan penting untuk pembangunan negara.

Bentuk U :

· U adalah kearah bagi sebuah bikar yang merupakan peralatan asas bagi matapelajaran sains. Ia sekaligus melambangkan mata pelajaran sains sebagai matapelajaran teras SBPI Selandar.

· Lambang ini secara keseluruhannya melambangkan visi sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang ini yang menjanjikan prospek kerjaya dan tempat yang cerah ke universiti dan kerjaya.


Maksud Warna

· Terdapat 5 warna utama yang melambangkan warna rumah sukan :
Merah : Rumah PROTON
Biru : Rumah TELEKOM
Hijau : Rumah PETRONAS
Kuning : Rumah MODENAS
· Warna-warna yang terdapat dalam lencana sekolah mempunyai maksud tertentu :
Biru : Bekerjasama, perpaduan, harmoni dan penyayang.
Hijau : Keislaman dan cintakan alam semulajadi.
Kuning : Kejayaan dan kecemerlangan
Putih : Kesucian, kebersihan dan keimanan.
Hitam : Keteguhan dan ketegasan.
Tahun 2003

· Menunjukkan tahun sekolah ini mula beroperasi dan merupakan titik permulaan sejarah persekolahan di sekolah ini.

· Ini akan melahirkan satu kebanggaan sekolah dan masyarakat tempatan yang mana sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh kedua di negeri Melaka seterusnya SBP Integrasi pertama di negeri ini.


MOTTO SEKOLAH

CEMERLANG

· Cemerlang membawa erti kepada kecemerlangan pelajar dari segi akademik, sahsiah diri, disiplin dan kokurikulum, dalam menyokong Falsafah Pendidikan Negara.
· Berpandu kepada Matlamat Sekolah Berasrama Penuh, cemerlang membawa kepada kecekapan dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah terutama dalam memastikan kualiti kerja berterusan.
· Ini seterusnya dapat melahirkan suatu kumpulan kerja yang berdedikasi, komited dan juga mampu memberikan khidmat cemerlang dari masa ke semasa.

BERWAWASAN

· Berwawasan membawa erti kepada hala tuju sekolah kearah Wawasan 2020 untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan bercita – cita tinggi dalam merealisasi impian dan wawasan negara.
· Ia juga membawa makna kepada semua warga SBPIS dalam menentukan hala tuju sekolah ke arah sekolah cemerlang. Ini berpatutan dengan kehendak masyarakat semasa dalam melihat perkembangan sekolah sebagai pusat sumber ilmu pengetahuan dan juga melahirkan pelajar berwawasan.
· Wawasan sekolah bermatlamat utama kepada melahirkan generasi pelajar yang berpendidikan sempurna, berakhlak dan bersahsiah diri tinggi dan juga aktif dalam kokurikulum selari dengan pencapaian akademik. Justeru itu, moto wawasan menepati hala tuju sekolah seterusnya memastikan perjalanan pendidikan sekolah berterusan.



SOURCE : SBPI SELANDAR WEB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner