Selasa, 31 Mac 2009

Re: Panduan Memilih Bidang Ingin Diceburi

Setuju dengan abang Abu...
kepada adik-adik, fikir dalam-dalam...
Tersalah ambil kos memang akan menyeksa diri sendiri,
Maksud saya, sebelum dapat menerima hakikatlah...

Dentist dalam bidang perubatan...
Bidang perubatan dan kejuruteraan sangatlah jauh bezanya...

Abang Abu pun sudah berkongsi dengan panjang lebar,
Cuma nak tambah sikit lagi,
Selain daripada 'course characteristic',
Fikirkan juga matlamat hidup anda.

'Chemical engineering' jumpa 'benda-benda',
Sedangkan dentist, jumpa orang dan gigi...
'Which one you prefer?'
Dan pertimbangkan juga tempoh belajar,
sanggup atau tidak...
(kalau di Jordan, 6 tahunlah kalau tak salah)

Tapi rasanya paling penting,
Kerjaya bidang perubatan perlukan komitmen yang sangat-sangat tinggi,
Masa belajar kena commit,
Masa kerja tak payah cakaplah...


Fikir balik elok-elok,
kalau dah serabut sangat,
Buatlah istikharah,
Insya-Allah, Dia akan tunjukkan...

"...Barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sungguh, ALLAH telah mengadakan keperluan bagi setiap sesuatu."


(At-Talaq;3)


Respon daripada : Ellya Nabila Binti A. Jalil



Source : http://groups.yahoo.com/group/ex_sbpis/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner