Jumaat, 15 Mei 2009

Student Melayu

Assalamualaikum wbt.

Mauduk post kali nie - student melayu..

saya mgkin tidak sepetah saudara kopiah_alrazi dalam memberikan hujah dalam perdebatan umum, tp dengan sedikit pengalaman sebagai mahasiswa, saya ingin mengajak sahabat2 sekalian membicarakan mengenai mengapa mahasiswa melayu selalu tersungkur di menara gading walhal ada antara mereka adalah pelajar cemerlang dan datang dari sekolah-sekolah yang terkenal.

sepanjang pemerhatian saya, ramai dalam kalangan kita (orang melayu) yang selalu menganggap diri sendiri sudah cukup hebat berbanding dengan yang lain, lantas meletakkan diri di bawah tempurung yang dicipta sendiri. Dengan kata lain, mecipta suatu sempadan antara diri kita dengan rakan-rakan yang lain, yang tanpa kita sedari sebenarnya lebih maju atau hebat daripada kita

ini adalah penyakit yang amat sinonim dengan mahasiswa yang berasal daripada sekolah berasrama penuh. Saya mempunyai seorang rakan (software engineering) dan terlalu bangga dengan title 'engineering' yang dipegang, walhal mereka tidak tahu satu apa pun mengenai programming menggunakan C#..pelik kan?

di USM, dan saya percaya semua universiti lain juga menjalankan prinsip yang sama, hanya mengajar asas atau foundation kepada semua mahasiswa. Di peringkat tahun 1 - 3 (sebelum tahun akhir), kita diajar tentang bagaimana A boleh bertukar menjadi B..tetapi, untuk menukar B menjadi C, adalah tanggugjawab kita selaku mahasiswa dan golongan intelektual untuk menjalankan apa yang dikatakan 'self exploration'. Cuma apa yang amat dikesalkan, tidak ramai MELAYU yang mampu berbuat demikian.

Semua universiti tidak kira dalam atau luar negara pasti menuntut pelajarnya melaksanakan 'Senior Project' atau projek tahun akhir. Sepanjang penelitian saya, melalui platform inilah kita dapat melihat sejauh mana keberkesanan 'Self Exploration' dalam diri mahasiswa. Saya selalu melihat projek-projek tahun akhir mahasiswa melayu yang pada saya, boleh dibuat oleh mahasiswa tahun 1 (hanya untuk menggambarkan betapa ringkasnya teknologi yang digunakan).

Jika dibandingkan dengan mahasiswa cina terutamanya, banyak projek tahun akhir yang lahir daripada idea mereka berjaya merebut kilauan pingat di NRIC (national research & innovation competition), ITEX dan sebagainya. Ada dalam kalanngan projek mereka yang telah ditempah untuk dipatenkan oleh syarikat multinasional luar negara. Sebagai contoh, team BST (senior saya di USM, kaum cina) telah berjaya membuat satu inovasi baru dalam teknologi penghantaran Sms dan telah membolot RM10,000 dalam Mobile Competition anjuran Maxis dan Suruhanjaya Komunikasi awal tahun ini.

Secara ringkasnya, sistem tersebut dilaksanakan khusus untuk pengguna Symbian S60 (nokia N series) dan mampu membuat penjimatan sehingga 68% iaitu 0.0034 sen per sms. Projek tersebut telah menarik perhatian syarikat telekomunikasi terbesar singapura, Singtel dan mereka telah membida sistem berkenaan untuk dipatenkan atas lesen mereka.

inilah kuasa projek tahun akhir. Jika anda mencipta sesuatu yang baru dan 'marketable', anda tidak perlu risau untuk berkahwin awal+memiliki honda civic 2.0+memiliki rumah impian dan lain-lain lagi. tapi sayangnya, dimanakah mahasiswa MELAYU? mana MELAYU?

sebelum mengakhiri karangan pendapat saya ini, saya ingin mengutarakan satu teori yang pada harapan saya dapat dibahaskan bersama iaitu :

MALAYU KURANG "SELF EXPLORATION" - punca mahasiswa MELAYU kurang kebolehan

wassalam..tapai ubi

3 ulasan:

  1. Salam, hoho, yazid, lame x dgr cerita. Yela kan, bz ngn project. Apapun, Tq coz sumbangkan sedikit buah tangan di sini. Harap dapat beri pandangan lg.

    Satu pandangan yang mantap yg ko utarakan. Apa yang aku dapat ktakan, student melayu skrg ni dalam zon selesa, dengan DEB, bantuan kerajaan, peluang pekerjaan di sektor awam menjadikan student melayu hanya melepaskan batuk di tangga.

    Manakala, bangsa lain, mereka cuba utk memberikn yg terbaik bg setiap individu spy diterima bekerja nant. Dan satu lagi budaya bangsa cina ini adalah rajin.

    Bagiku, zon selesa yang melingkupi student melayu membantutkan pengembangan idea, dan self explore. Jadi, kurangkan zon selesa itu.
    hoho

    BalasPadam
  2. bagi aku, konsep zon selesa dalam orang melayu itu sndiri boleh dipecahkan. Yang pertama, dari aspek 'internal locus' iaitu kita menganggap kita telah cukup hebat dan ego serta tidak mahu menerima,menambah, mahupun menerokai teknologi baru.

    yang kedua, dari aspek 'external locus' iaitu persekitaran individu melayu yang selalu terikut-ikut dengan rakan-rakan.dengan kata lain, sikap 'menunngu kawan' yang sememangnya sangat TEGAR dalam kalangan MELAYU

    jika kita merujuk kepada mahasiswa dari sekolah berasrama penuh (budak yang kononnya pandai), sebab utama mereka ini semakin tenggelam dalam perjuangan universiti adalah kerana faktor pertama iaitu "internal locus" tadi - menganggap diri sendiri hebat.

    BalasPadam

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner