Selepas SPM - bermulanya cabaran 'sebenar' anda

Sumber : www.edu.iluvislam.com
oleh : Mohd Shazli Mohd Zaini

Setelah 3 bulan penantian. akhirnya keputusan SPM yg diumumkan memberikan seribu kenangan manis dan pahit kepada calon-calon SPM pada tahun lepas,antaranya adik bongsu saya. ahli keluarga kami yg terakhir menduduki peperiksaan awam Malaysia.

Dan saya percaya ramai yg sudah meramalkan bahawa akan ada seseorang yg akan keluar di muka hadapan dada akhbar dengan keputusan yg 'menakutkan'. 15 A1 , 16A1 dan ke atas. walaupun bilangan mereka tidak ramai namun kesannya amat besar kepada pelbagai pihak.

Saya sendiri ketika di Kisas masih teringat bagaimana peritnya kami berusaha utk mencapai 11A1 bagi pelajar sastera dan 12A 1 bagi pelajar sains. dan bilamana saya membaca bagaimana mudahnya pelajar sekarang mencapai keputusan sebegini 'power', terkesima dan termenung saya sebentar. memikirkan kesannya nanti kepada para pelajar yg akan datang.

Ketika saya di tingkatan 4 di Kisas, kami di'motivasi'kan dgn kejayaan 'super senior' saya; Saudara Hanif Khan yg memecah tradisi SPM ketika itu dgn 12 A 1. dan beberapa rakan2nya yg mencapai keputusan 11A1. sambutan yg diberikan oleh pihak kolej terhadap mereka seperti majlis perkahwinan!. masih teringat lagi ketika itu , mereka diberikan RM1000++ bagi setiap A dlm subjek mereka.

Tanpa menafikan kejayaan mereka, bagi saya, ketika itu, kejayaan Hanif Khan seolah-olah telah membuka 'Pandora's Box' dlm sejarah SPM yg berpuluh-puluh tahun lamanya. jika sebelum ini, sekolah mungkin lebih kepada menumpu kepada kualiti pendidikan ke atas para pelajarnya. tapi kini, sekolah lebih kepada kualiti keputusan peperiksaan ke atas calon-calon peperikaan.


Bagaimana?


Pengalaman saya sendiri, selama 2 tahun Kisas, melihat bagaimana guru-guru diletakkan harapan tinggi oleh pihak kementerian utk melahirkan lebih ramai 'Hanif Khan' dlm keputusan SPM. kerna itu, tidak hairan jika calon-calon peperiksaan hari ini kurang memahami dan menghargai ilmu dan pengetahuan yg mereka miliki.

Saya sendiri sehingga ke hari ini masih kecewa dengan pengalaman ketika di bangku sekolah dahulu. seringkali bila saya cuba bertanyakan soalan yg sedikit 'lari' dari topik pelajaran pada hari tersebut, akan di'matikan' oleh jawapan pendek dari guru saya dgn kata2 berikut;


" oh, kamu tak perlu tahu. sebab ini tak masuk dalam peperiksaan'


" ini tak penting pun, sebab dalam peperiksaan takkan tanya dalam peperiksaan'

Bagi segelintir pelajar seperti saya yg sejak dari kecil banyak mengorbankan masa muda kami membantu keluarga, saya cukup menghargai dan mementingkan peluang yg saya terima di dalam kelas. ini kerana, masa lapang saya dihabiskan utk membantu keluarga dalam perniagaan mereka.

Kedua, setelah membantu keluarga sejak dari umur belasan tahun. satu pengalaman yg amat saya hargai adalah betapa 'dahaganya' saya utk mengaplikasikan ilmu yg saya miliki dlm kehidupan 'sebenar'. ini kerana, pengalaman membantu keluarga membuatkan diri saya sentiasa terdedah kepada cabaran dunia sebenar dan betapa pentingnya ilmu yg saya miliki utk saya 'survive' dalam dunia sebenar berbanding utk 'survive' dlm peperiksaan.

Contohnya, ketika saya mengambil subjek perakaunan, betapa inginnya saya melihat kepada aplikasinya dlm membantu keluarga saya. begitu jua subjek ekonomi asas. namun, perasaan kecewa mengenangkan betapa sedikitnya yg dpt saya manfaatkan,membuatkan saya berazam utk memastikan sekurang-kurangnya junior saya tidak terperangkap dlm jaringan yg sama.


Kerna itu, ini antara sebab saya dan rakan-rakan lain yg menyedari hakikat ini, menganjurkan pelbagai program utk memberikan kesedaran kepada mereka. sesuatu yg agak terlambat kami menyedarinya.

Bilamana saya terlibat dlm program motivasi yg melibatkan pelajar sekolah, seringkali saya berhadapan dgn pelajar yg cemerlang peperiksaan tapi tidak cemerlang kehidupan.

contohnya, pelajar yg pandai di atas kertas peperiksaan , tetapi bila saya kaitkan soalan tersebut dgn aplikasinya dlm kehidupan, tidak ramai yg mampu memberikan jawapan yg menggembirakan.

Dan paling ketara bila ditanya mereka tentang hala tujuan selepas SPM; maklum balas yg kami terima sangat mengecewakan. jawapan paling ketara adalah;


* bagi pelajar cemerlang ; doctor, engineer, architect, accountant etc
* bagi pelajar kurang cemerlang; polis , tentera, maktab perguruan, dsbnya.


Selain itu, jawapan paling lazim yg saya terima adalah;

* mendapatkan biasiswa JPA,Mara, Petronas dsbnya
* masuk matriks, kolej etc


Umumnya, memang tiada masalah bagi respons diatas. hakikatnya, para pelajar sekarang kurang membuat 'kerja tambahan' bagi mencapai cita-cita mereka sejurus selepas SPM. kebanyakkan para pelajar terutama dari sekolah cemerlang cukup selesa dengan pencapaian mereka membuatkan kebanyakkan mereka 'tersangkut' dan 'terkandas' di univerisiti kelak. ini kerana selepas SPM adalah cabaran sebenar mereka.

Berikut adalah cabaran2 yg boleh saya kongsi bersama berdasarkan pengalaman saya dan hasil perbincangan dengan rakan-rakan.

MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG JURUSAN YG ANDA MINATI

Seringkali, antara sebab para pelajar cemerlang ketika SPM terkandas di universiti keran tersalah memilih jurusan. bila pelajar cemeralang cenderung kepada jurusan yg ' elit' bukan kerana minat dirinya, dan pelajar kurang terus berputus asa dari mengambil jurusan yg mereka minati lantaran terkandas ketika SPM.

Tahukah anda?

Banyak pelajar cemerlang yg terkandas di universiti atau selepas universiti kerana tekanan daripada jurusan yg mereka ambil atau mereka seringkali gagal dalam peperiksaan semester menyebabkan mereka dibuang dari universiti. hakikat ini cukup menyedihkan lagi-lagi jika mereka adalah 'cream of the cream' yg dihantar ke luar negara, bagi dari tajaan ibu bapa mahupun keluarga. ini kisah benar.

Tahukah anda?

Ada antara kenalan saya yg kini sedang menuntut dlm pengajian Masters dan Ijazah di luar negara adalah antara mereka yg langsung tiada A dalam SPM. bunyinya seperti mustahil. tetapi setelah saya selidiki usaha dan tindakan 'bijak' mereka bagi memastikan mereka mendapatkan jurusan yg mereka minati di univerisiti, saya tidak dpt mengelak daripada mengagumi dan lebih rasa hormat saya terhadap mereka2 ini berbanding rakan-rakan yg lain.Dan ini juga kisah benar.

Tahukah anda?

Ramai para pelajar kurang melakukan 'kerja rumah' bagi mendapatkan lebih byk maklumat ttg jurusan yg akan mereka ambil di univerisiti kelak. seperti subjek yg akan diambil, format peperiksaan, jadual semester dan sebagainya. antara sebabnya, kita lebih selesa mengikut rakan-rakan, senior sekolah dahulu dsbnya. dan bagi mereka yg melakukan 'home work' ini, jangan berasa pelik mengapa mereka sangat cemerlang di universiti dan tidak ketika SPM dahulu.


Program P3 kami ini sangat 'sempoi' dan mudah. dengan hanya bajet dlm kurang dari RM200, kami berjaya mengumpulkan lebih 40 bekas para pelajar Kisas yg sedang menuntut dlm dan luar negara, bagi berkongsi pengalaman mereka selepas SPM.

Dan bila program di bawah kelolaan saya, saya akan pastikan segala 'red-tape' dan 'seniority' harus dibuang jauh-jauh, bilamana berhadapan dengan adik-adik yg masih di alam sekolah. ini kerana, amat penting utk anda memastikan mereka mendapatkan segala maklumat penting. tidak salah utk anda menurunkan sedikit ego anda bagi memastikan kumpulan sasaran gembira dan benar-benar memahami mesej yg ingin anda sampaikan.

Mungkin terlalu panjang kali ini. saya akan berhenti di sini dan menyambung lain kali. secara ringkasnya, kesimpulan dari artikel kali ini;

1. SPM hanyalah satu permulaan. katakan anda mempunyai kenalan yg baru sahaja selesai
SPM, bantulah mereka mendapatkan jurusan yg mereka minati.
2. ketika cuti semester yg panjang, bantulah sekolah lama anda dengan menganjurkan pelbagai
program utk para pelajar sekarang. balas semula jasa sekolah dan guru-guru anda.
3. jika anda tiada keyakinan utk menguruskan program, saya cadangkan anda menghubungi
pihak kaunseling sekolah dan tawarkan diri anda utk membantu dlm menjayakan aktiviti
sekolah. seperti yg saya sering lakukan utk sekolah lama saya. SMK Sg. Pusu. saya SMS je kot
kat cikgu kaunseling.
4. cemerlang SPM tidak bermakna cemerlang ijazah di universiti kelak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah