Tahniah, Pelajar Cemerlang ex-SBPIS SPM 2005

Pelajar Cemerlang ex-sbpis spm 2005 PUTERI AZIZAH MEGAT ZAINON.
Sumber :Bernama

Seramai 266 Graduan PPUM Terima Diploma Pada Konvokesyen UM
KUALA LUMPUR, 10 Okt — Seramai 266 graduan menerima Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di majlis konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-4 yang disempurnakan oleh Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, 23 menerima diploma lanjutan iktisas kejururawatan, 25 diploma teknologi makmal perubatan, 23 diploma radiografi dan 195 orang menerima diploma kejururawatan.

Tuanku Zara turut menyampaikan anugerah cemerlang kepada enam graduan dalam bidang masing-masing.

Seorang graduan cemerlang diploma teknologi makmal perubatan, Puteri Azizah Megat Zainon, 21, berkata minat yang mendalam terhadap bidang perubatan dan subjek Sains sejak di bangku sekolah telah membuatkan beliau tekad mengikuti pengajian dalam bidang itu.

Puteri Azizah yang berasal dari Sepang, Selangor dan sering mendapat anugerah dekan berkata berbekal cita-citanya ingin berkhidmat kepada masyarakat menjadi faktor utama beliau mengikuti pengajian selama tiga tahun itu.

“Saya gembira dan bangga dianugerahkan sebagai graduan cemerlang. Ini semua berkat dorongan ibu-bapa dan bantuan pensyarah. Saya berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini ke peringkat ijazah,” katanya di sini, hari ini.

Bagi Armidawati Arifuddin, 22, graduan cemerlang yang menerima diploma kejururawatan pula berkata minat terhadap bidang itu mula bercambah ketika awal pengajian.

“Saya sebenarnya tidak begitu berminat dalam bidang ini tetapi lama-kelamaan, saya dapati bidang ini menarik dan sekaligus saya dapat berkhidmat, membantu masyarakat yang memerlukan penjagaan dan rawatan.

“Saya akui pada awalnya saya menghadapi tekanan dan kesukaran untuk memahami apa yang diajarkan tetapi atas bantuan pensyarah yang tak jemu mengajar, saya kini buktikan bahawa saya mampu melakukannya,” katanya.

Graduan dari Kluang, Johor ini berhasrat menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

– BERNAMA

Ulasan

  1. tahniah puteri!!!!! keep it up!!!

    BalasPadam
  2. tahniah puteri!!!!
    wah bangga aku!

    weh aku satu dorm dgn puteri.. hahahhaa

    BalasPadam
  3. Huhu,,
    tahniah!! puteri..
    lepas ni turn sape pula...

    BalasPadam
  4. Tahniah >cikgu rafidah ucapkan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah