Keputusan Rasmi SPM 2011 Diumumkan Esok
Assalamualaikum,
detik-detik yang mendebarkan sedang menunggu semua calon-calon SPM 2011
diseluruh Malaysia dan calon-calon daripada SBPI Selandar, Melaka
khususnya. Pastinya semua calon-calon telah pun bersedia untuk mengambil
keputusan di sekolah nanti beberapa jam lagi. Berikut kenyataan
daripada laman rasmi kementerian sebagai pengumuman rasmi :-
PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011
Keputusan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada
21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada
sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Calon
persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi
Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon
juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui
mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21
Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Sekian, terima kasih.
Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kami, di pihak alumni mendoakan agar semua calon SPM 2011 akan mendapat keputusan yang cemerlang pada hari esok. Insya-Allah. Amin.
Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kami, di pihak alumni mendoakan agar semua calon SPM 2011 akan mendapat keputusan yang cemerlang pada hari esok. Insya-Allah. Amin.
Ulasan
Catat Ulasan