Selasa, 17 April 2012

Program Khas Tajaan JPA Lepasan SPM 2011 Dibuka sehingga 22 April 2012


Assalamualaikum, perhatian kepada semua calon lepasan SPM 2011, anda dipelawa untuk memohon Program Tajaan JPA Tahun 2012 Kepada Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 Di Bawah Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) yang telah dibuka bermula 16 April 2012 sehingga 22 April 2012. Sila buat permohonan di laman web ePermohonan Jabatan Perkhidmatan Awam Sekarang.

Antara Syarat-syarat kelayakkan adalah seperti berikut:-

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut: 

I. Syarat-Syarat Umum 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2011; dan
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.



Anda juga boleh membaca laporan akhbar mengenai pengumuman yang dibuat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia DI SINI:-

KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PROGRAM PENAJAAN BAGI LULUSAN SPM 2011   
Kenyataan akhbar ini adalah untuk menjelaskan pendekatan Kerajaan mengenai kaedah pengurusan dan penawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara di peringkat Ijazah Pertama dan persediaan pra-universiti.

Sekian, semoga anda berjaya memohon tajaan ini untuk melanjutkan pelajaran keluar negara nanti. Insya-Allah. 

Sekian, Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner