Soal: Ada maklumat untuk Kos Software engineering tak?


Soalan Dalam Diskusi Exsbpis (15 Januari 2012)

NorAdibah Chan:
Hello. Anyone here have the information for software engineering ? Dah lama berkenan tapi tak tahu kat University mane ada. Servei-servei tapi tak jumpa.

----------------------------------------------

RafiqahLutfiah Rahman:
USM ada...under school of computer sciences..Uniten pun ada rasanya kot..UTeM pun ada..

NorAdibah Chan:
Hmm hmm. UTM takde ?

Ashraf Syamim:
hahaha...benda ni seronok....dulu time diploma tak pernah terfikir pun nak apply science computer sebab tak tahu benda tu....after dah masuk matrik....science computer is such a great thing to explore exspcially untuk software engineering sebab anda perlu menghadap penggunaan kod....hahaha

Muhammad Hanees:
Cuba di Linton college (lageenda) kat nilai.. abang saya ambil software engineering di sana.

Ashraf Syamim:
Linton bukan swasta ke? I think..better ambil UTM...UMP...UNIMAS....UPM...UM....banyak IPTA yang ada...

NorAdibah Chan:
Menghadap komputer ni seronok. Lagi-lagi kalau menghadap cheat code untuk game. hehe

Ashraf Syamim:
Tapi kalau tak silap...diploma untuk software engineering tak ada...yang ada diploma sains komputer... bila dah ambil degree... baru ada cabang dia macam software engineering, networking, graphic dan lain-lain.

Ashraf Syamim:
Menghadap komputer memang seronok... tapi kalau nak buat koding dia yang payah sikit... hahaha...

NorAdibah Chan:
ohh yeke.. kena ambil sains komputer dulu ke..

Muhammad Ashraf:
MIIT. bawah Unikl.

NorAdibah Chan:
Unikl ipts kan? :(

Muhammad Ashraf :
yup, tapi bawah MARA...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?