Soal: Pendapat mengenai Engineering


Soalan Dalam Diskusi Exsbpis (22 Mac 2012)

Siti Zaharah Zakaria: Saya terfikir nak ambil engineering la.. Boleh bagi opinion tak pasal course ini..

-------------------------------------------------
RESPON DARIPADA ExSBPIS

Mohd Fadthul Ikmal Misnal:
Interesting course... it's all about creativity... strong fundamental in add maths + physics + chemistry... engineering drawing + engineering technology is additional advantages... but, engineering ada banyak cabang... kena tahu nak pilih cabang kejuruteraan apa...

Muhammad Amri:

Better ambil civil engineering... banyak cabang dalam civil engineering... by the way, tengok minat juga..

Aqmal Hisyam Hamzah:
Its all about number..

Abu Hanif :
Kalau bagi perempuan la kan, baik ambil electrical engineering, suitable for woman. Civil pun ok. But elakkan ambil mekanikal, kerja lasak sikit..

Aqmal Hisyam Hamzah:

Betul3... better amik elektrikal...tapi kalau nak merasa welding dengan guner machine gempak-gempak... ambil mechanical...

Omar Chems Norazmi:
Engineering ada banyak, dari buat berus gigi sampai la buat jambatan. cuba spesifik sikit, cuba cite.

Siti Zaharah Zakaria:

Hmm...   sebenarnya, saya jenis yang suka mengkaji..  macam-macam benda saya nak rungkaikan...  dan tak sengaja terperasan yang engineering ni satu course yang agak mencabar...  so, love to explore it more..  dan sebenarnya tak yakin lagi sebenarnya nak ambil course apa...

Aqmal Hisyam Hamzah:
Engineering actually bukan mengkaji.. more about innovation...memperbaharui bender yang sedia ada...

Siti Zaharah Zakaria:
So, nak pendapat seniors semua...   apa sebenarnya course yang sesuai dengan saya..??

Izzanee Ibrahim:
Buat personality test kot baru tahu  atau tanya diri sendiri minat subjek yang mana.

Siti Zaharah Zakaria:
Semalam dah buat.. dan keputusannya ialah...  more to medicine... like microbiologist... bukan tak nak ambil medicine, tapi, orang banyak kata medik dah susah dah nak apply sekarang... more over, have to compete with those chinese... result pun tak boleh nak compete dengan mereka.. result tu juga ade terselit tentang kelayakan saya ambil course engineering.. then, i explore it.. so, now i have to make a good decision..

Aqmal Hisyam Hamzah:
So kalau expect engineering ni senanglah.. up to you...

Izzanee Ibrahim:
Yeah, so far so good.  I believe you're on the right track, insyaAllah.  Selagi ada masa ni buatlah research banyak-banyak, cari kos-kos yang sesuai, yang jarang jumpa. Biasanya keputusan terakhir tu insya-Allah akan dipermudahkan, sama ada dapat tajaan atau pilihan kita, yang kita ikut hati gitu, jadi, selalu-selalulah istikharah.

Siti Zaharah Zakaria:

Tak. Tak pernah pun expect engineering ni senang...  macam yang saya cakap...  I have to make a good decision. Dan tanya pndapat semua...  sebab senior semua berpengalaman..  I'm newbie here.. ok ke tak kos ni..  apa yang boleh, ape yang tak boleh... cuma nak minta pendapat semua... Saya percaya peluang tu sentiasa ada.. tak salah berusaha walaupun keputusan tak seberapa..

Izzanee Ibrahim:
Insya-Allah, orang rajin insya-Allah dapat balasan, Yup.  so, all the best, :D

Omar Chems Norazmi:
Hurm, sebenarnye semua kos pun susah, lagi-lagi kalau malas.. sekarang ni akan ada banyak masa untuk research, pergilah university open day, tengok kos-kos yang ada.. for me, especially chemical engineering, ada juga la explore-explore, tapi more to understand a process or a machine, and try to make it better. logic thinking. kalau nak mengkaji, jadilah orang kaji alam ke, marin biologi ke, seronok juga macam Farhana Affandi.

Izzanee Ibrahim:
Yup, banyak sangat, jadi teruskan mencari. :)

Siti Zaharah Zakaria:
Ketentuan Allah kita tak boleh nak tolak kan..   so now.. I've to search more and more and more.. thank to all the seniors..  nak kena banyak tanya lagi.. UPU dah nak tutup tapi, belom buat kemaskini lagi.. need to hurry in making the decision.. hope, seniors boleh bagi pndapat lagi.. really need it.. (^_^)

Nabeela Abu Kasim:
Kalau enginering try amil kat UTP...hahaha

Mohd Fadthul Ikmal Misnal:

Tak ada masalah sebenarnya kalau perempuan nak ambil mechanical engineering...tapi kena lasak sikitlah... tapi ada jer pelajar sbpis perempuan menceburi bidang mechanical...terpulanglah...
       
Nadhirah Yaacob:
Adik, cuba tengok-tengok biomedical engineering.  course ni pun ok juga.  Nampak adik macam lebih kepada biologi kan. Tapi jangan salah faham pula.. secara umumnya.. course ni tak ada la mediknya sangat..  cuma aplikasi biologi (human anatomy and physiology) dalam physic or vice versa(haha, konfius jap). maksudya kat sini, macam kita manage nak innovate sesuatu machine or materials tu biar sesuai dengan penggunaan terhadap badan manusia since it contact directly kan. (e.g: artificial heart, dialysis, ecg emg eeg test, etc) so, amat penting la, untuk pastikan benda-benda ni semua selamat. =) kalau engineering ni.. physic and addmaths kena strong~ =) so, good luck adik! banyakkan la solat istikharah moga Dia beri petunjuk.. insyaALLAH.

Tor Tariq:
Haha.. belaja chemical engineering BEST :) banyak magic boleh tahu :) pegang fundamental betul-betul, lain semua insyaAllah sangat logik untuk lulus :D.  Dari sudut pekerjaan, kalau tak tahan panas, tak tahan jalan berbatu-batu, tak tahan kerja lebih masa, tak tahan kerja banyak, tak tahan kena reject, tak tahan kena pegang najis. SILA lupa kan hasrat nak jadi engineer ;D GAJI memang tersenyum lebar lah kan ;p All the best kepada semua yang sedang belajar dan baru habis SPM :)  'Sila enjoy time belajar tapi jangan leka dan ponteng kelas'

Ulasan

  1. kepada lepasan spm yg cemerlang..jgn lupe mohon utk lanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Perancis under jpa or mara. x ramai yg tahu kejuruteraan di sini sgt bagus dan kos study & hidup agak berpatutan :)

    BalasPadam
  2. salam. . saya nak tanya nieyh. . kalau engineering tehnology in quality engineering bgos tak kos uwh?. . hee. . saya lepasan spm, n kurang tahu pasal engineeering nieyh. . tuh yg nak tanye. .hee. . :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah