Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Assalamualaikum, ada yang bertanya mengenai kos geomatik. Jadi, sedikit maklumat diperolehi diharap dapat mengurangkan kerunsingan beliau mengenai kos ini. Untuk kursus pengajian ijazah Kejuruteraan Geomatik di Universiti Teknologi Malaysia merupakan antara pengajian yang tertua dan telah diiktiraf sebagai pusat professional pengajian kejuteraan geomatics di Malaysia. Program yang telah diiktiraf sepenuhnya olah License Surveyors Board (LSB) Malaysia menepati kandungan pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan Licensed Land Surveyors (LLS) di Malaysia.

Selain itu, Jabatan Kejuruteraan Geomatik UTM merupakan ahli kepada International Federation of Surveyors (FIG). Graduan yang mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan Geomatik UTM layak untuk berdaftar sebagai ahli di dalam ISM (Institution of Surveyors of Malaysia).

Maklumat Tambahan Daripada Agensi Kelayakkan Malaysia.


Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
Nombor Rujukan : 10757
Nama Kelayakan : Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
Tarikh Diluluskan Kementerian : 1995
Sesi Dimulakan : 1995
Nama Institusi : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Alamat : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

81310 Skudai
Johor
No. Telefon : 07-553 3333
No. Faks : 07-556 1722
E-mel : webmaster@utm.my
Laman Web : www.utm.my
Peringkat Kelayakan : Sarjana Muda
Tahap MQF : 6
Bidang NEC (National Education Code) : 581 (Architecture and town planning)
Bil. Kredit : 130
Bil. Semester/Tahun : 8/4
Catatan : TB


*NA : Tiada Maklumat


Kejuruteraan Geomatik adalah satu bidang yang luas. Ada di antara graduan bekerja dengan syarikat pakar tentang pengurusan tanah dan pembangunan serta menjadi seorang jurunilai tanah (Licensed Land Surveyors). Selain itu, ada juga peluang perkerjaan di dalam bidan pengurusan sumber tanah, jurunilai kontraktor, jurunilai sensor (remote sensing) dan jurunilai struktur. Graduan yang mempunyai minat terhadap GIS (geographical information systems), kebanyakkan mereka akan bekerja dengan syarikat yang tertumpu kepada rekabentuk dan pengurusan peta (mapping). 

Sebenarnya prospek kerjaya ini sangat luas. Selain di Malaysia terdapat banyak lagi universiti di luar Negara yang menawarkan kursus ini. Ini kerana Negara mereka yang lebih terdedah kepada bahana gempa bumi dan sebagainya. Jadi kepada mereka yang berminat lengkapkan diri anda dengan segala pengetahuan yang diperlukan untuk menguasai bidang kerjaya ini.

Satu Jurnal yang menyebut, Kenapa Geomatik bukan Ukur Tanah?

Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia masih lagi menggunakan nama kursus Ukur Tanah (Land Survey) berbanding beberapa institusi pengajian tinggi awam atau swasta di negara kita. Di samping itu, universiti-universiti di luar negara seperti United Kingdom, Australia, United States dan Kanada juga telah lama mengorak langkah dalam menjenamakan kursus Ukur Tanah ini kepada nama yang lebih komersial supaya lebih kenali di pasaran global. Kepentingan dari segi maksud, kefahamam dan perkembangan teknologi terhadap bidang Ukur Tanah menjadi objektif utama kajian ini
supaya istilah Ukur Tanah ditukar kepada Geomatik. Dalam konteks pertukaran istilah ini, geomatik memberikan justifikasi yang lebih tepat kerana “Geo” adalah bermaksud permukaan bumi dan “matik” pula berkmaksud ukuran. Oleh itu, setiap pengukuran yang dijalankan di atas permukaan bumi samada dari segi bentuk, keluasan, kedalaman dan ketinggian akan diterjemahkan dalam bentuk hubungan matematik. Sebagai contoh di dalam penentuan kedudukan pusat bumi, bentuk bumi dianggap sebagai elips dan bukannya sfera kerana kemudahan menerbitkan formula-formula yang mudah daripadanya. Manakala maksud Ukur Tanah secara umum merupakan pengukuran yang dilakukan terhadap tanah dengan menggunakan peralatan konvensional samada secara langsung atau tidak langsung. Jika interpretasi ini diambilkira, maka Geoteknik juga boleh termasuk dalam bidang Ukur Tanah tetapi hakikatnya Geoteknik adalah lebih menjurus kepada kajian terhadap unsur-unsur yang terdapat pada tanah itu sendiri. Perubahan penggunaan istilah Ukur Tanah kepada Geomatik adalah bertujuan menambahkan nilai-nilai komersial kepada program yang ditawarkan di Politeknik supaya ianya boleh menggambarkan bidang pengajian yang ditawarkan dengan lebih tepat selaras dengan perkembangan teknologi pengukuran.

IPTA, IPTS dan Universiti luar negara yang menawarkan bidang pengajian Diploma Ukur Tanah sudah tidak lagi menggunakan istilah Ukur Tanah atau dalam bahasa inggerisnya ”Land Survey” kecuali Politeknik Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia cawangan Kuala lumpur juga sudah mula memohon untuk menukar nama program Diploma Ukur Tanah kepada Diploma Geomatik rentetan daripada kehendak program yang efisien. Dapatan melalui temubual Pesyarah senior dari Universiti Teknologi Malaysia Asc. Prof Kamarudin Bin Omar pada 26 Mei 2010 jam 2.30pm mengatakan bahawa adalah wajar istilah geomatik digunapakai berbanding dengan ukur tanah atas dasar kemajuan teknologi yang berleluasa dan skop geomatik lebih menyeluruh dan tepat.

Untuk melihat lebih lanjut mengenai Jurnal ini, sila download Kenapa Geomatik, Bukan Ukur Tanah!

Satu perkongsian pengalaman daripada seorang yang sudah menceburi dalam bidang geomatik dalam satu blog dipetik seperti di bawah:-

Rata rata tak ramai yang tahu apa itu geomatics. Bila orang kampung pakcik makcik jiran tetangga tanya, "Hang belajaq bahagian apa dekat kolumpo nuh?"

Mula mula dulu aku jawab, "Geomatik"

Tapi bila depa tanya balik menatang apa geomatik tuh terus lepas tu aku jawab "Ukuq Tanah"

Walaupun bunyi pelik dan sungguh koman tapi cukup untuk menjelaskan dengan lebih faham apa disebalik makna Geomatik tu.

Rata-rata ramai yang pilih kos Gomatics as pilihan masa isi borang UPU sebab namanya nya yang agak canggih iaitu Diploma Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi) tak pun Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (kepujian) dan mentafsirkan kononnya mesti belajar ke arah Matematik dan Geografi tapi lepas dah masuk baru tau rupanya jauh benar dari sangkaan siap sumpah seranah sebab kena ada kelas outdoor dan lab. Caculation tak payah cerita la, memang every sem mesti ada subjek yang kena picit kalkulator dan hafal formula.

Selalu nya kos geomatik menjadi favourite untuk lelaki sebab diorang suka la bab setting alat, planning dan etc sebab mencabar. Ramai juga anak anak Land Surveyor yang masuk kos ni sebabnya nak warisi company bapak dia dan yang lain lain tu rata rata nya terpaksa tak pun main bedal ja bubuh kos apa pun tengok tengok dapat kos ni.

Tak tahu Land Surveyor tu apa?

Land surveyor tu maknanya Jurukur Tanah.

Ye aku percaya ramai yang tak tahu ada kerjaya sebagai Jurukur Tanah dan lebih teruk lagi mungkin tak pernah terfikir tanah yang dipijak ini rupa rupanya kena kira berapa luas, panjang, lebar, ada koordinat dan etc.

Aku boleh menyimpulkan bahawa Land Surveyor ni adalah orang penting dalam setiap projek pembinaan bangunan, jalan raya, highway, sekolah, masjid dan senang cerita semua jenis penerokaan tanah dan pembangunan.

Kenapa?

Mesti korung tau yang setiap tanah ada pemilik dia sendiri. Setiap pemilik tanah ada geran tanah. Dekat geran tu mesti la tulis nombor lot tanah. Lot lot tanah ditunjukkan dalam satu plan yang dipanggil Pelan Akui. So macam mana nak lukis dan tentukan bentuk, luas lot tanah, dari mana ke mana adalah dengan kena pergi ukuq la dekat tanah tu. So itu lah gunanya Land Surveyor.

Eh tapi jangan la dok ingat Geomatik ni hanya fokus kepada ukur tanah tapi sebenarnya segala pengukuran di muka tanah, lautan dan angkasa. Sebab tu la dalam diploma tak pun degree in geomatik ada subjek

Cadastral Surveying - Ukur Kadaster
Engineering Surveying - Ukur Kejuruteraan
Geodecy - Mengenai angkasa lepas
Hydrographic Surveying - Ukur Lautan
Remote Sensing - Mengukur imej permukaan bumi yang diambil dari satelit
Geographic Information System (GIS) - Sistem Maklumat Geografi
Global Positioning System (GPS) - Mengukur kedudukan koordinat titik muka bumi
Aerial Photogrammetry - Pengukuran dari udara

Subjek subjek ni semuanya antara subjek wajib yang kena ambil. Jadi, dah nak masuk 5 tahun lebih aku jadi pelajar geomatik, gila lama dari diploma 3 tahun dan degree 2 tahun setengah, banyak ilmu dan pengalaman yang menarik telah dikutip dan dipelajari. Tapi still masih cetek juga ilmu dan perlu lebih banyak membaca dan mengimprovekan skill dan mengutip lebih banyak pengalaman dalam dunia kerja yang sebenar. Itu pun kalau tiba tiba aku rasa terlebih rajin.

Seronok belajar pengukuran di lautan. Macam cari gali petroleum tu kan, macam mana nak tau kedudukan dan nak kesan lokasi yang ada petroleum dekat tengah tengah laut lepas tu macam mana nak set up besi yang terapung dekat tengah tengah laut tu untuk kerja kerja penggalian minyak dan penyedutan minyak. Tak ke sangat seronok dan aku dah pun merasa pengalaman duduk atas boat untuk buat kerja pengukuran di laut. 

Sumber: 
http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2009/mac-2009/293-kerjaya/469-kerjaya-geofizik 
http://khadijahnas.blogspot.com/2011/06/geomatik.html

Ulasan

  1. wah.. x sangka dalam post sbpis ni ada beri penerangan tentang kos kujuteraan geomatik. proud to be geomatician..

    BalasPadam
  2. kt uitm geomatik dpngl ijazah sarjana muda sains ukur dan geomatik..agak sedih la kn sbb nk bdg engne p xdpt.p dpt taw kt utm kos niy under kejuruteraan..adakah same sains ukur dan geomatik dgn kejuruteraan geomatik??law grad kt uitm,bleh ke nk smbg master under kjuruteraan geomatik kt utm?actually,skg da smkin mnt kt geomatik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. as far as i know, sme je geomatik uitm n utm..dlu geomatik kat uitm under civil engine..lepas tu, keluar masuk bawah architecture..the latest news, geomatik in uitm try nak tubuhkan fac sendiri sebab tu sekarang jabatan sains ukur dan geomatik terpisah dari architecture punye bangunan..

      Padam
  3. saya nak tnya.....kalaw rabun warna bley x ambek kos ney atau kos enginering yg lain??

    BalasPadam
  4. proud to be surveyor !!
    susah tp mmg semua bende susah...cabaran

    BalasPadam
  5. nk tnya. gaji lepas dip dengan degree berapa? pastu keje dengan kerajaan ke swasta?????

    BalasPadam
  6. mcm best je amik course ni...

    BalasPadam
  7. http://rekacipta3d.neq3.com/
    Free 3D Cad Design services

    BalasPadam
  8. saya harap saya boleh survive dengan kos ni sebab saya dah pilih kos ni dan akan mendaftar di uitm arau perlis. risau.

    BalasPadam
  9. Mmg degree 2 tahun setengah ye?

    BalasPadam
  10. Graduan Geomatik boleh menjadi ahli professional dalam Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia IGRSM:

    Www.igrsm.com

    BalasPadam
  11. Graduan Geomatik boleh menjadi ahli professional dalam Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia IGRSM:

    Www.igrsm.com

    BalasPadam
  12. Masa aku dulu kat UTMKL.. daripada 60-70 student batch aku cuma 28-30 org jer graduate... mencabar jugak bidang nie

    BalasPadam
  13. bgus blog nice info dik..bidg geo ni memg besar peluang kerja especially klau nak masuk oil gas...bahagian law pun bole ..jika ade adik2 yg tk dpt upu.jgn sedih..bole msuk dkt geomatika uni kl... nak bljr bidg geomatik ni bole pm sis..intake utk july dh mula....ade sjil dan diploma.....ade tawaran biasiswa dan percuma asrama..serta yg penting program job placement yg bole jamin kerja..nak tau lebh psl program ni bole wsp ka 011-16930576

    BalasPadam
  14. hello, genuine question. geomatics ni boleh bekerja as civil engineering tk? for example: banyak qualification bgtau "for civil graduate only". boleh ke geomatican mintak?

    BalasPadam
  15. Saya nak tanya if waktu diploma dah ambik aliran geomatik dan daripada subjek yang disenaraikan kat atas majority subjek tu dah belajar semasa diploma jadinya nanti waktu degree akan ade potong credit ke ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah