Biasiswa Telekom Malaysia (TM) (Tutup: 30 Mac 2013)

Anda lepasan SPM 2012? Mahukan kelainan? Biasiswa Yayasan TM menawarkan biasiswa dalam dan luar negara untuk anda yang mahu melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara dengan biasiswa TM.

Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan Biasiswa TM. Dibuka dari 21 Mac 2013 sehingga 30 Mac 2013. MOHON DI SINI.

KLIK SINI UNTUK BORANG LUAR NEGARA
KLIK SINI UNTUK BORANG DALAM NEGARA



Tawaran Biasiswa Yayasan TM 2013 bagi peringkat pengajian tinggi.

Yayasan TM komited untuk membina negara menerusi kecemerlangan pendidikan.
Yayasan TM dengan sukacitanya ingin mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia tahun 2013.


Borang Permohonan
Syarat dan Kelayakan Memohon
PENGAJIAN DALAM NEGARA (Klik di sini)
1. Peringkat Pra Universiti (Universiti Multimedia)
2. Peringkat Diploma (Universiti Multimedia & Kolej Multimedia)
3. Peringkat Ijazah Pertama
PENGAJIAN LUAR NEGARA (Klik di sini)
1. Peringkat Pra Universiti
2. Peringkat Ijazah Pertama
KEMASKINI PERMOHONAN ANDA (Klik di sini)

Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi pegawai kami yang berikut:

Bahagian Penajaan:
1. Khairul Izam Kamsiran (03-2240 1582)
2. Norliana Yunos (03-2240 0635)
3. Ihsan Said (03-2240 1594)
4. Mohd Rozaimi Ariff Arshad (03-2240 0661)


Bantuan Teknikal/Sistem:
1. Abdul Salam Musa (03-2240 1273)
2. Noraini Mansor (03-2240 1744)

Tarikh tutup permohonan dalam talian : 30 Mac 2013




Biasiswa Dalam Dan Luar Negara

Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara.

Biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bidang/kursus Kejuruteraan, Pengurusan dan Teknologi Maklumat peringkat pengajian seperti berikut:
  1. Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
  2. Biasiswa Ijazah Pertama ke Luar Negara
  3. Biasiswa Pra-Universiti (Alpha) di Universiti Multimedia (MMU)

  4. Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
  5. dan Kolej Multimedia (MMC)
  6. Biasiswa ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Kelayakan & Syarat Permohonan

Pengajian Luar Negara
  • Peringkat Pra-Universiti

    1. o Terbuka kepada lepasan SPM 2012.
      o Memperolehi A dalam 8 subjek termasuk 5 subjek wajib berkaitan kursus*
  • Peringkat Ijazah Pertama

    1. o Kelulusan cemerlang di peringkat A-Level, Matrikulasi atau kelayakan yang setaraf.

Pengajian Dalam Negara
  • Peringkat Pra-Universiti di Universiti Multimedia

    1. o Terbuka kepada calon lepasan SPM 2012 sahaja.
      o Memperolehi minima A dalam mana-mana 4 subjek wajib berkaitan kursus*
  • Peringkat Diploma di Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Multimedia (MMC)

    1. o Terbuka kepada calon lepasan SPM 2012 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun satu peringkat Diploma.
      o Memperolehi minima B dalam 5 subjek wajib berkaitan kursus* atau minima CGPA 3.00
  • Peringkat ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

    1. o Kululusan cemerlang di peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma atau kelayakan yang setaraf.
      o Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.3.
Perhatian: Sila gunakan keputusan CGPA yang terkini sekiranya keputusan akhir masih belum di perolehi.

*Subjek Wajib Mengikut Bidang/Kursus


Bidang Pengajian/Kursus


Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
    o Bahasa Inggeris
    o Matematik
    o Matematik Tambahan
    o Fizik
    o Kimia/Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan

Pengurusan
    o Bahasa Inggeris
    o Matematik
    o Matematik Tambahan/Fizik/Kimia/Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/Biologi/Sains.
    o Geografi/Ekonomi Asas/Prinsip Ekonomi/Prinsip Akaun/Perdagangan/Sejarah.

Cara Memohon
Permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman web Yayasan TM. Calon lepasan SPM hanya boleh memohon selepas keputusan diumumkan. Calon hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja.

Semoga berjaya anda semua. Sekian, terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?