Ahad, 24 Mac 2013

Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SSP1M) Untuk Degree dan Master (Mula 2013)

Salam, satu lagi peluang pembiayaan daripada Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SPP1M) untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Jika anda mahukan pembiayaan tambahan, anda bolehlah memohon bantuan ini.

Bantuan kewangan tambahan kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke arah ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana yang berkualiti dalam bidang-bidang dan kursus-kursus yang diakredetasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di institusi pengajian tinggi awam atau swasta tempatan seperti yang disenaraikan dalam SETARA '11 atau setaraf dan di universiti terkemuka di luar negara (100 teratas dalam senarai QS). Bantuan kewangan tambahan ini akan bertindak sebagai dana "top up" kepada dana atau biasiswa yang sedia ada.


Sedikit Maklumat

Pinjaman ini layak untuk:-
  • Semua warga Malaysia dan 
  • Tiada cagaran serta 
  • Mempunyai penjamin maksimum 2 orang.

Jumlah pembiayaan: Jumlah sebenar yang perlu dijamin adalah sama dengan kos tuisyen sebenar ditolak pinjaman PTPTN dan biasiswain / geran / pinjaman / simpanan.

Jumlah pinjaman maksimum bagi program:

  • RM150k untuk Perubatan (Klinikal, Penerbangan Perubatan, Pergigian)* dan Farmasi (lepasan ijazah).
  • RM100K untuk Perniagaan dan Perundangan (Kewangan, Perbankan, Insurans, Perakaunan dan Percukaian, Undang-undang dan Undang-undang Syariah), Kejuruteraan, Seni Bina, Sains dan Sains Komputer **

* Surat Pekeliling daripada Ketua Pengarah Kesihatan Bil 15/2012
** Seperti yang dinyatakan dalam Kod Pendidikan Nasional


Tempoh bayaran balik: Sehingga kepada 20.5 tahun (termasuk, sehingga 5 tahun tempoh pengajian, sehingga 6 bulan tempoh tangguh dan tempoh pembayaran balik sehingga 15 tahun).


Untuk Maklumat lanjut, boleh dapatkan maklumat di bawah:-

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) adalah sebuah skim berunsurkan dana 'top up' kepada dana atau biasiswa sedia ada yang akan memanfaatkan golongan pelajar rakyat Malaysia. Skim ini diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan tambahan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang layak untuk meneruskan ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana yang berkualiti di universiti tempatan dan luar negara. Skim ini telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak pada 6 Februari 2013.
Iklan SPP1M: Sila klik di sini.
Lampiran fakta: Sila klik di sini.
Senarai Universiti dan Kolej Universiti yang disenaraipendek untuk SPP1M:
• Tempatan – Tier 4 & 5 dari senarai ini.
• Luar negara – 100 teratas dari senarai ini.
Soalan lazim: Sila klik di sini.
Terma dan syarat umum SPP1M: Sila klik di sini.
Untuk memohon, sila muat turun borang permohonan daripada www.maybank2u.com.my.
Untuk maklumat lanjut mengenai SPP1M, sila emelkan ke spp1m@penerajuedu.com.

Selamat memohon kepada yang layak. Semoga dipermudahkan urusan anda. InshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner