Selasa, 26 Mac 2013

Tajaan JPA ke Luar Negara (Tutup: 1 April 2013)

Assalamualaikum, mahu melanjutkan pengajian ke Luar Negara di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman? Peluang masih lagi terbuka untuk anda. Jom isi borang JPA ini untuk ke luar negara. Sebelum itu, berikut antara syarat umum untuk memohon tajaan ini. Sila perhatikan maklumat lanjut dahulu seperti di bawah.

Telah dibuka dari 25 MAC 2013 sehingga 1 APRIL 2013. Pastikan klik pada borang permohonan DALAM TALIAN di sini untuk terus memohon Tajaan daripada pihak JPA untuk program ke luar negara yang ditawarkan.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAJAAN PROGRAM KHAS JPA TAHUN 2013 UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 (LIHAT SINI UNTUK PENUH)

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2012 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

I. Syarat-Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012; dan
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

II. Syarat-syarat khusus permohonan:-


Diharapkan semua maklumat yang saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk mendapatkan pembiayaan dan tajaan daripada JPA untuk melanjutkan pengajian di luar negara kelak. InshaAllah. Pasti berjaya.



Sekian, selamat mencuba.





1 ulasan:

  1. assalamualaikum,tajaan jpa untuk ke negara-negara lain ada disediakan tak? untuk course lain selain course khas di atas? medic,law?

    BalasPadam

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner