EXSEL Setuju Atau Tidak Ujian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dilaksana?

Assalamualaikum, sebagai menunjukkan kita cakna dengan masa depan adik-adik kita dan anak-anak kita seterusnya, adakah anda, para alumni SBPI Selandar (EXSEL) bersetuju dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan sekarang?

Mari kita bersama-sama memberikan respon kita dengan sistem ini dengan membuat undian di laman web yang diberikan di bawah, atau klik sahaja gambar berikut untuk mennyatakan pendirian anda. Respon sebagai seorang guru, ibu bapa, penjaga, abang dan kakak kepada pelajar-pelajar.


Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana pelaksanaan itu yang dimahukan oleh semua rakyat di negara ini.


“Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan.”



Oleh itu UNDi.iN minta sama ada guru-guru, ibu bapa, pelajar dan sesiapa sahaja untuk memberi pandangan melalui undian berikut. Mudah-mudahan keputusan undian dapat dijadikan panduan kepada mereka yang terlibat untuk menjadikan sistem pendidikan negara ke arah lebih baik.

Anda hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja oleh sistem undian.

Semoga apa pun usaha kita dapat membantu membangunkan pendidikan anak bangsa kita di Malaysia. InshaAllah.

Ulasan

  1. Sebenarnya ada baik tapi susah nak key in dan banyak buat fail pd dasarnya utk meringankan sistem berorietasi pep

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah