Ahad, 12 Jun 2016

Ahli Alumni SBPI Selandar (EXSEL)


Assalamualaikum & Ramadhan Kareem.

Sehingga 12 Jun 2016, seramai 189 orang daripada 1500 bekas pelajar SBPI Selandar telah mendaftar sebagai Ahli Alumni SBPI Selandar yang telah ditubuhkan pada tahun 2015. Ini bermakna 88% daripada bekas pelajar belum mendaftar. Sila klik link di bawah bagi mengisi borang pendaftaran sebagai Ahli Alumni SBPI Selandar (EXSEL),

http://goo.gl/forms/TDTUej5RlA

Apakah manfaat menjadi Ahli Pertubuhan Alumni SBPI Selandar?

1. Anda mempunyai networking dan persaudaraan yang besar iaitu 1500 orang dan semakin bertambah pada setiap tahun yang berada di seluruh negara.

2. Ahli alumni berasal dari latarbelakang bidang yang berbeza iaitu kejuruteraan, teknikal, perbankan, perubatan, kesihatan, kewangan, undang-undang dan banyak lagi. Ramai juga yang menjadi jurutera, doktor, peguan, akauntan, usahawan, pensyarah, pengurus dan lain-lain. Ini memberikan kelebihan kepada ahli untuk mendapat bantuan/khidmat nasihat dalam aspek kesihatan, kewangan, undang-undang, perbankan, servis, produk dan banyak lagi.

3. Peluang kerjaya anda juga insyaallah akan lebih cerah kerana ramai ahli alumni yang sudah bekerja dan ada yang mempunyai syarikat sendiri.

4. Buat masa ini, dana alumni datangnya dari pembayaran yuran ahli dan sumbangan ikhlas ahli. Jika dana mencukupi, dana tersebut boleh digunakan untuk bantuan kewangan kepada ahli alumni seperti bantuan sara hidup, bantuan perkahwinan, bantuan pelajaran dan sebagainya. Disamping itu, yang menyumbang juga telah dikira membuat kebajikan!

5. Dana yang dikumpul juga akan digunakan untuk program-program yang alumni anjurkan bersama sekolah kita iaitu SBPI Selandar.

6. Pelbagai program yang dilakukan pada setiap tahun dan ahli alumni boleh menyertai pada bila-bila masa.

Bermanfaat kan! Apa tunggu lagi, mendaftarlah sekarang sebagai ahli Alumni SBPI Selandar.

Selamat Berpuasa :)

Sekian, terima kasih.
Sekretariat Alumni SBPI Selandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner