PERINGATAN! MESYUARAT AGUNG ALUMNI SBPI SELANDAR KALI KE-2


PERINGATAN!!!
MESYUARAT AGUNG ALUMNI SBPI SELANDAR KALI KE-2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Warga EXSELian sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa Insyallah Alumni SBPI Selandar akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SBPI Selandar kali ke-2 yang akan diadakan pada masa dan tarikh berikut,
Tarikh : 24hb Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 am - 4.00 pm
Tempat : Dewan Utama, SBPI Selandar
* Makanan tengahari disediakan
Mesyuarat kali ini akan membincangkan usul-usul penting bagi meningkatkan keupayaan alumni untuk memberi manfaat kepada semua ahli dan SBPI Selandar. Selain itu, kita akan mengadakan pelantikan AJK yang baru untuk sesi 2018-2020. Semua ahli yang berdaftar layak menjadi AJK. Cara untuk dicalonkan sebagai AJK akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Kehadiran semua ahli dan alumni yang belum berdaftar sebagai ahli amatlah dialu-alukan bagi menjayakan mesyuarat agung pada kali ini. Jamuan tengahari disediakan untuk semua yang hadir.
Mohon semua bekas pelajar SBPI Selandar untuk mengisi borang pengesahan kehadiran dan Usul di link berikut untuk Sekretariat Alumni mengetahui bilangan yang akan hadir dan tidak akan hadir. Sila klik link di bawah,
Ahli Jawatankuasa Alumni SBPI Selandar (EXSEL) berbesar hati menjemput kesemua ahli EXSEL dan bekas SBPI Selandar untuk hadir bagi meraikan serta menyerikan majlis itu nanti.
Sekian, terima kasih.
Sekretariat Alumni SBPI Selandar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah