JAWAPAN KEMENTERIAN BERKAITAN URUSAN PENGAJIAN PELAJAR MALAYSIA DI MESIR
Assalamualaikum, rentetan daripada keadaan di Mesir yang bergolak, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan panduan kepada pelajar Mesir yang mahu penjelasan pihak Kementerian mengenai urusan pengajian pelajar Malaysia di Mesir. Saya kongsikan jawapan pihak kementerian mengenai urusan mereka. SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI URUSAN PENGAJIAN PELAJAR MALAYSIA DI MESIR SOALAN 1: Saya adalah pelajar yang belajar di Mesir dan berminat meneruskan pengajian di Malaysia. Bolehkah saya meneruskan pengajian tersebut? JAWAPAN: Pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir dibenarkan memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan d...