Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Online 1 November 2014

Imej
Assalamualaikum, kepada sesiapa yang ada memohon melaui SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) GRED M41 bolehlah menyemak status anda sama ada berjaya atau pun tidak sekarang. Jika berjaya anda perlu melalui satu Peperiksaan Dalam Talian (Online) pada 1 November 2014 ini, bermula pada pukul 8:00 malam sehingga 10:10 malam.  Peperiksaan ini akan mempunyai 3 bahagian yang setiap bahagiannya diperuntukkan beberapa minit seperti berikut: SEMAKAN PEPERIKSAAN ONLINE  PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 Dengan hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri Peperiksaan  Online  Memasuki Perkhidmatan  PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 . Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut: TARIKH PEPERIKSAAN SEKSYEN MASA DARI MASA HINGGA 01/11/2014 PENGETAHUAN AM A 08:00 PM 08:40 PM DAYA MENYELESAIKAN MASALAH B 08:55 PM 09:40 PM UJIAN PSIKOMETRIK C 09:55 PM 10:10 PM Tatacara Menduduki Peperiksaan  Online  (Manual Peng...

Lebih 36 Senarai Tawar Biasiswa Tahun 2014

Imej
Assalamualaikum, sedikit maklumat jika masih belum terlambat kepada adik-adik sekalian untuk mendapatkan biasiswa bagi pengajian dan pembiayaan anda tahun 2014. Mohonlah jika layak dan cubalah jika belum mencuba ye. Rezeki itu ada di mana-mana, jika anda sudah berusaha pasti belum tahu keputusannya. Jika belum berusaha, sudah tahu keputusannya. Bagi memudahkan adik-adik yang bakal memasuki Universiti. Berikut senarai biasiswa, anda boleh mohon. Jangan takut untuk mohon. Rezeki Allah yang bagi. 1. JPA ( http://esilav2.jpa.gov.my/ ) 2. Biasiswa Tunku Abdul Rahman ( www.yayasantar.org.my ) 3. Albukhari scholarship award 4. Shell ( http://www.shell.com.my/ ) 5. UEM ( http://www.uem.com.my/social/scholarship.html ) 6. Sime Darby ( http://www.simedarby.com/ ) 7. TM ( http://ytm.tm.com.my/ ) 8. TNB ( http://yayasan.tnb.com.my/sam/ ) 9. SCM ( http://www.sc.com.my/ ) 10. PNB ( http://www.pnb.com.my/ ) 11. Gamuda Berhad ( www.gamuda.com.my ) 12. 8 TV scholarship fund 13. P...

Alumni SBPI Selandar Dalam Rancangan Saham-saham Akhirat 2014 Episod 3

Imej
Salam Eidulfitri, untuk perkongsian pihak alumni mengucapkan tahniah kepada alumni SBPI Selandar Kauthar Ruslan pelajar perubatan di Jordan yang terlibat dalam menjadi sukarelawan untuk menziarah dan membantu pelarian Syiria di Jordan di dalam Rancangan Saham-saham Akhirat Episod 3 pada 30 Julai 2014 di TV3.  Sekadar berkongsi aktiviti dan perkembangan alumni kita di seluruh dunia. Pihak Alumni amat mengalu-alukan sumbangan maklumat daripada anda semua untuk berkongsikan perkembangan rakan-rakan alumni untuk dikongsikan kepada semua sebagai satu sokongan kepada mereka dan pendorong kepada alumni lain untuk menyumbang dalam pelbagai bidang. Sedikit rakaman yang sempat saya ambil daripada rancangan tersebut. Rakaman penuh boleh didapati di  tonton - Saham-saham Akhirat 2014 - Episode 3  untuk rancangan penuh. Berikut sedikit saya kongsikan sedikit rakaman. Rakaman penuh boleh didapati di  tonton - Saham-saham Akhirat 2014 - Episode 3  u...

Persahabatan: Basketball Alumni VS SBPI Selandar

Imej
Assalamualaikum. Alhamdulillah Sabtu lepas berlangsung satu lagi aktiviti alumni sekolah dengan jayanya. Pertamanya terima kasih rakan-rakan yang hadir, sama ada dari jauh dan dekat. Tidak lupa juga, Cikgu Ong (Jurulatih pasukan/Cikgu SBPIS) yang telah memberi keizinan untuk mengadakan perlawanan ini. Terima kasih banyak2 sekali lagi! Untuk makluman, keputusan perlawan adalah seperti berikut: Ex Ballers (40) vs SBPIS (49) Keputusan tidak berpihak pada ex ballers, walaupun tewas atas sebab-sebab tertentu,satu kebanggaan juga harus diberikan pada ex ballers kerana telah memberi saingan yang agak sengit pada wakil sekolah tahun ini, dan berjaya mencapai 40 mata walaupun sudah bertahun-tahun tidak main bersama. Tahniah diucapkan! Walau bagaimanapun, bukan menang atau kalah yang kita cari, apa yang penting, matlamat perlawanan ini untuk memberi satu motivasi pada pemain sekolah kita untuk mereka mengharungi HKSBP kelak. Mungkin tidak banyak il...

EXSEL Setuju Atau Tidak Ujian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dilaksana?

Imej
Assalamualaikum, sebagai menunjukkan kita cakna dengan masa depan adik-adik kita dan anak-anak kita seterusnya, adakah anda, para alumni SBPI Selandar (EXSEL) bersetuju dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan sekarang? Mari kita bersama-sama memberikan respon kita dengan sistem ini dengan membuat undian di laman web yang diberikan di bawah, atau klik sahaja gambar berikut untuk mennyatakan pendirian anda. Respon sebagai seorang guru, ibu bapa, penjaga, abang dan kakak kepada pelajar-pelajar. IKUTI PERKEMBANGAN MENGENAI SISTEM PBS ini di Facebook. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana pelaksanaan itu yang dimahukan oleh semua rakyat di negara ini. “Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan.” Oleh...

[Kerjaya] Apakah Itu Ahli Forensik Digital?

Imej
Assalamualaikum, apakah itu ahli forensik digital? ada di antara kita yang berminat dengan perkembangan teknologi dan mahu mengetahui mengenai KERJAYA FORENSIK DIGITAL. Apakah itu kerjaya forensik digital? Kerjaya ini melibatkan penganalisaan peralatan digital yang mempunyai storan (memory card or internal memory chip) seperti komputer, telefon bimbit, kamera, video, kamera litar tertutup (CCTV) dan semua peralatan yang berasaskan komputer. (Biasanya untuk kegunaan sebagai bahan bukti digital dalam kes mahkamah) Kerjaya ini juga berkaitan dengan aspek perundangan. Pihak pengurusan menilai kecenderungan dan kepakaran calon sebelum diletak di unit yang sesuai. APAKAH KELAYAKAN AKADEMIK DAN KEPERLUAN UNTUK MENJADI AHLI FORENSIK DIGITAL? Di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selepas PMR pelajar boleh memilih jurusan sains tulen atau sains komputer. Setelah lulus SPM, pelajar boleh mengambil kursus yang berasaskan bidang komputer, misalnya Ijazah Kejuruteraan Sain...

Biasiswa SHELL Dalam dan Luar Negara (Tutup: 28 Februari 2014)

Imej
Assalamualaikum, SHELL telah membuka permohonan untuk anda mohon sehingga 28 Februari 2014 kepada mereka yang mahu mencari penaja untuk membiayai pengajian anda di peringkat Ijazah sama ada dalam dan luar negara.  Anda boleh merujuk tawaran yang diberikan oleh SHELL ini dan bolehlah mencuba untuk mendapatkan penajaan daripada mereka. Saya sertakan butiran untuk rujukan anda dan boleh terus ke laman web mereka untuk maklumat lanjut. Tawaran untuk pengajian Dalam Negara This is open to students who will be undertaking full time first degree courses at the preferred Malaysian and JPA approved international universities based in Malaysia. Preferred Degree Discipline Technical - Petroleum Engineering, Geosciences, Mechanical Engineering. Non-Technical - namely Finance, IT, Human Resources. *Students with physical disabilities (Orang Kurang Upaya) are not restricted in their choice and may apply to do a degree in any discipline. Eligibility Strong leadership...